Monday, March 23, 2009

Penjelasan Pak Ya...

Kecoh Khairy Lapor Polis:
Deal Untuk Beli Hakcipta Buku


Panel peguam Melayu bersedia membantu sasterawan Haji Yahaya Ismail (Pak Ya) menghadapi tindakan calon Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin sekiranya berhadapan dengan kes mahkamah. Mereka juga memberitahu bersedia melancarkan dana bagi mempertahankan hak kebebasan penulis memberikan pandangan dan kritikan. Pak Ya yang juga bekas pensyarah di USM sekitar dekad 1970-an tak terkejut apabila Khairy membuat laporan polis berkaitan dengan buku yang ditulisnya 'Tuah & Sial Khairy Jamaluddin', di samping didakwa mengugut RM100,000 bagi mengelakkan buku berkenaan diterbitkan. "Hanya mereka yang tak tahu bahasa Melayu sahaja tak faham istilah sebenarnya," kata Pak Ya.

Bagaimanapun Pak Ya berasa hairan kerana Khairy tak memberikan penjelasan yang sebenar dalam isu berbangkit. Menurut Pak Ya, beliau diperkenalkan oleh seorang kenalan kepada Khairy dalam pertemuan lebih kurang 30 minit di pejabatnya di Bukit Kirara. Dalam pertemuan tersebut perbincangan berkisar ke atas manuskrip buku mengenai 'Pemuda UMNO', di samping kesediaan Pak Ya menjual 'hakcipta' RM100,000. Selepas 24 jam berlalu, pihak terbabit tak bersetuju untuk membeli hakcipta, justeru beliau menerbitkan sendiri manuskrip buku itu dengan judul sekarang, jelasnya. "Isu sebenar ialah satu deal untuk membeli hakcipta, apabila dia tak mahu, saya ambil semula hakcipta saya," beritahu Pak Ya menambah.

1 comment:

Seladang said...

Dengan puak Umno ni jangan nak buat deallah! Ohhhh masa berbincang tu Pak Ya guna bahasa Melayu! Puak Umno ni memang tak tahu berbahasa Melayu (tak tahu basa). Mereka hanya tahu bahasa Inggeris!

Tak dasya nak lawan Mukhriz cukuplah lawan Pak Ya! Taspi Pak Ya tak kan mengalah!