Wednesday, April 29, 2009

APA KATA DR MANSOR...


Sukar UMNO lwn aura Anwar:
Lakukan segera sikap 'self criticsm'

Pimpinan UMNO tak seharusnya berasa malu mengakui aura Ketua Pembangkang Dato' Seri Anwar Ibrahim lebih mengkagumkan orang Melayu berbanding dengan pemimpin UMNO sendiri, kata bekas Timbalan Naib Canselor HEP UTM Profesor Dato' Dr Muhamad Mansor Abdullah (gambar kanan). Beliau yang berkunjung ke Sabah minggu lalu diberitahu lebih 70% kakitanagn awam dari Semenanjung yang berkhidmat di negeri itu menganggap Anwar sebagai ikon kepimpinan sekarang. Justeru menurut Profesor Dato' Dr Muhamad Mansur, pimpinan UMNO perlu melonjakkan diri lebih dikagumi daripada Anwar kalau mahu memulihkan semla reputasi UMNO. "Kalau UMNO masih berkhayal dengan kualiti pimpinan mereka sekarang, maknanya mereka menunggu masa menjadi denosour yang akan pupus," beliau menjelaskan.

Serentak dengan itu Profesor Dato' Dr Muhammad Mansur yang juga aktivis UMNO meminta pimpinan UMNO tak berasa malu untuk melakukan 'self criticism' dan jangan berkhayal dengan puji-pujian media massa yang memang 'ada udang di sebalik batu'. Pemimpin UMNO tak perlu berselindung apabila tak disambut kedatangan mereka di Sabah, tetapi perlu bermuhasabah diri memperbaiki rekod peribadi, bagi mengatasi populariti Anwar di kalangan orang ramai. Selagi pemimpin UMNO bergantung kepada puji-pujian media massa dengan tak membuat 'self criticism', Anwar dan Pakatan Rakyat akan sentiasa berada di hadapan, menurut Profesor Dato' Dr Muhamad Mansor. "Trend pemikiran masyarakat sekarang sudah jauh berbeza, justeru UMNO jangan membiarkan diri terus menjadi denosour," beriahu beliau selanjutnya.

3 comments:

Feriz Omar said...

www.ferizomar.com

NGO MELAYU - KATALIS PENYATUAN MELAYU & ISLAM

UTUSAN MALAYSIA - RUANGAN FERIZ OMAR (Edisi : Selasa, 28 April 2009 Muka 10)

USAHA untuk mencari titik pertemuan Melayu dan Islam seperti yang dititahkan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah sewaktu upacara ulang tahun keputeraan baginda baru-baru ini perlu diterima sebagai perjuangan baru sepanjang zaman bagi setiap individu yang beragama Islam dan bergelar Melayu.

Tidak kita nafikan ramai kecewa dengan kenyataan terbuka Datuk Seri Mohammad Nizar bahawa PAS tidak akan bekerjasama dengan UMNO dalam merealisasikan kehendak Sultan Azlan Shah. Pertikaian sama ada 'UMNO lebih memerlukan Pas dan bukan sebaliknya' menunjukkan bahawa kenyataan bekas Menteri Besar Perak itu berbaur emosi, individualistik dan tidak mewakili PAS secara keseluruhan.

Hakikatnya, saranan Sultan Azlan Shah adalah murni dan mempunyai nilai kerohanian yang tinggi. PAS yang berjuang atas imej Islam sepatutnya berlapang dada dan menjadi yang paling awal terpanggil untuk menyahut saranan Sultan Perak. Sebaliknya, saranan tersebut ditolak mentah-mentah atas alasan-alasan tersendiri.

UMNO pula perlu mengkaji segala alasan mengapa kata-kata sehingga boleh membawa persepsi 'durhaka pada Raja' itu dibuat oleh seorang kepimpinan tertinggi PAS di peringkat negeri.

Kalau hari ini UMNO begitu kuat melaungkan peri pentingnya ketaatan dan kedaulatan Raja Melayu, di ruang ini jugalah UMNO perlu buktikan kedudukannya dalam merealisasikan saranan Sultan Perak itu.

Dalam hal ini juga, perdebatan UMNO-PAS seperti yang dianjurkan oleh pemimpin muda sewaktu kempen pemilihan UMNO 2009 tidak sepatutnya berulang kerana ia menunjukkan ketidakmatangan dan menjarakkan lagi perbezaan UMNO-PAS.

Badan-badan bukan kerajaan (NGO) Melayu juga perlu menjadi pemangkin (katalis) penyatuan Melayu dan Islam seperti yang disarankan oleh Sultan Azlan dan bukan terus melaga-lagakan parti-parti politik Melayu dengan pelbagai kenyataan sehingga menimbulkan kemusykilan terhadap kedudukan NGO sebagai badan perwakilan rakyat di peringkat akar umbi yang bebas daripada politik.

Sesungguhnya mengikut kajian peringkat akar umbi persatuan kami, usaha ke arah penggabungan UMNO-PAS adalah perkara yang paling ditakuti oleh barisan parti-parti pembangkang lain. Ini adalah kerana gabungan UMNO dan PAS secara majoriti mampu memberi sokongan 'solid' undian Melayu setiap kali pilihan raya umum diadakan.

Jika kita kaji secara halus dan mendalam isu pergeseran UMNO-PAS hari ini adalah berpunca daripada individu-individu dalam kedua-dua parti itu sendiri dan tiada kaitan dengan wawasan serta objektif parti politik masing-masing.

Daripada perspektif hukum Islam pula, UMNO bukan sekadar menabur janji malahan telah membuktikan usahanya segiat mungkin ke arah pelaksanaan menurut sistem hukum Islam sepenuhnya.

Antara usaha UMNO dan Kerajaan Barisan Nasional adalah dengan wujudnya Undang-Undang Syariah Kekeluargaan Islam yang setaraf dengan Mahkamah Sivil (Perkara 121 1(A) Perlembagaan Persekutuan) melalui pelaksanaan yang disokong oleh majlis dan jabatan agama Islam seluruh Malaysia; Sistem kewangan dan perbankan Islam yang menjadi pusat rujukan dunia; Tabung Haji - sebuah institusi terbaik dunia dalam mempermudahkan rakyat mengerjakan ibadah haji dan umrah; Sistem pungutan zakat dan Baitul Mal; Sistem persijilan makanan halal yang diiktiraf dunia; dan banyak lagi.

Hukum hudud adalah hukum Allah yang sentiasa dekat dengan jiwa Islam dan jika persoalan itu menjadi alasan PAS untuk tidak bekerjasama dengan UMNO, ia adalah alasan kurang tepat. Hari ini, apabila hukum hudud dicadangkan di Dewan Undangan Negeri Kelantan, ramai juga ADUN UMNO yang mengangkat tangan bersetuju tetapi apabila diusulkan mengenai pelaksanaannya, perbincangan terhenti.

Memang kita akui bahawa usaha menterjemahkan hudud melalui pelaksanaannya seratus peratus ke atas sebuah negara pelbagai bangsa dan agama seperti Malaysia adalah suatu cabaran besar.

Di sinilah NGO Melayu boleh memainkan peranan dalam menggerakkan para intelektual Melayu dan Islam supaya berusaha mencari penyelesaian ke arah sistem pelaksanaan dengan mengambil kira tahap kesediaan penerimaan rakyat bukan Islam mengenai hukum tersebut.

Usaha ini bak kata pepatah Melayu, seperti 'menarik rambut di dalam tepung, rambut tidak putus, tepung tidak berselerak'.

Dalam dada-dada akhbar dan majalah media arus perdana juga sudah banyak membincangkan kedudukan hukum hudud yang sebenarnya sudah sedia dilaksanakan ke atas orang Islam dan Melayu melalui Undang-Undang Syariah Islam dan Kanun Keseksaan (Penal Code). Semoga kebaikan, keunikan dan kelebihan pelaksanaan hukum hudud ke atas orang Islam akhirnya terserlah dan diterima ramai.

Selain itu, ada juga pemimpin-pemimpin kanan negara yang menyatakan usaha ke arah penggabungan UMNO-PAS adalah tidak perlu kerana sejarah telah membuktikan bahawa ia suatu usaha yang sia-sia.

Bagi saya, faktor sejarah tidak ada kena mengena langsung dengan masa hadapan. Jika alasan yang sama digunakan, sudah pasti negara yang kita cintai, Malaysia hari ini masih lagi belum merdeka. Pejuang-pejuang Melayu sejak dari zaman Mat Kilau, Datuk Maharajalela, Tok Janggut, Ngah Ibrahim, Datuk Bahaman, Dato' Onn Jaafar hingga Tunku Abdul Rahman terus-terusan yakin pada usaha positif mencari kemerdekaan sehingga ia menjadi kenyataan pada tanggal 31 Ogos 1957.

Penyatuan Melayu-Islam adalah ternyata suatu usaha yang jujur dan ikhlas yang boleh membawa bangsa Melayu dan agama Islam ke tahap yang tidak terdaya disaingi oleh pesaing-pesaing lain. Ia perlu menjadi perjuangan abadi sepanjang zaman dan sentiasa direnungkan sebagai perjuangan yang belum selesai.

FERIZ OMAR adalah Presiden Pertubuhan Profesional Melayu dan Pewaris Bangsa (ProWaris)

Anonymous said...

orang kata pejuang bahasa pun adalah dinasour. mereka ketinggalan dan tidak menyedari tekanan dan tuntutan globalisasi.

penentang ppsmi kenalah muhasabah juga kan. dr hasan ahmad jgn khayal ingat bahasa melayu dah terer dan banyak buku2 translation dlm melayu. buku sains yg basic pun tak ada sebenarnya.

untuk self examination, jgn marahkan orang lain, kena salahkan diri sendiri dulu. cuba bincang di mana pejuang bahasa yg salah. tak akan mereka tak ada salah.

ada tu boleh kata untung kontrak ppsmi rm5 billion dan peruntukkan rm4.75 billion. suruh dia belajar kira2 darjah 3 je?

Seladang said...

Himpunkan sejuta rakyat menyambut Mr. One Malaysia dengan menggunakan berpuluh ribu bas, namun kebangkitan rakyat untuk menumbangkan kezaliman tiada siapa dapat menahan kecuali Allah.

Kini sipencacai besar Umno/Bn sudah di kerusi empok dalam bidang media massa tanahair!