Monday, April 6, 2009

DARI LAMAN BLOG...


Kempen secara tak langsung:
Kebencian tetap kebencian Melayu

Assalamualaikum,

Malam ini (6 April 2009) jam 12.00 malam, tak boleh lagi berceramah bagi tiga kawasan pilihanraya kecil di Parlimen Bukit Gantang (Perak), DUN Bukit Selambau (Kedah) dan DUN Batang Air (Sarawak). Kempen terakhir akan digunakan oleh BN menerusi media elektronik sama ada TV dan radio, bagi menarik pengundi. Di Bukit Gantang bukan sahaja media elektronik, malah penjawat awam juga diheret sama bagi membantu kempen BN. Mufti Perak Dato' Harussani misalnya, diheret fasal Ahli Parlimen bukan Melayu menggunakan ayat al-Quran.

Setiausaha Kerajaan Negeri juga dikerah untuk bersuara dengan menuntut kereta rasmi MB dipulangkan atau tindakan akan diambil. Satu ketika (kalau individu terbabit dah lupa) Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dato' Seri Nazri Aziz pernah memberi amaran kepada pegawai BPR (sekarang SPRM) apabila membuat kenyataan media: Siapa awak (penjawat awam) mahu lawan taukeh (menteri)? Barangkali Setiausaha Kerajaan Negeri Perak terlupa insiden Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan menerima padah berikutan kemangkatan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan pada Disember 2008, kerana mendahului pihak lain membuat pengumuman.

Penjawat awam boleh menggunakan media untuk menyebelahi mana-mana parti politik, asal sahaja meletakkan jawatan di samping menyertai politik. Mendesak Ir Muhammad Nizar serahkan kereta MB (ketika kes masih lagi di mahkamah bagi menentukan status Zambry Kadir), amat jelas penjawat awam terbabit memihak, menyebabkan kebencian rakyat kepada UMNO semakin meningkat. Setiausaha Kerajaan Negeri Perak perlu memikul tanggungjawab apabila kebencian pengundi di Bukit Gantang akan meletakkan calon UMNO heh heh heh!

Ketika Ketua Pemuda UMNO menjadi persona-non=grata di Bukit Gantang, Presiden MIC Dato' Seri Samy Vellu tak dikehendaki di Bukit Selambau, Presiden PBB Tan Sri Taib Mahmud beban kepada BN di Batang Air - Setiausaha Kerajaan Negeri Perak dan Mufti Perak turut diheret untuk kempen-kempen secara tak langsung di TV, mudah-mudahan kebencian rakyat dan orang Melayu bertambah-tambah kepada UMNO. Justeru ianya menjadi signal kepada Najib, Muhyiddin, Zahid Hamidi, Hishamuddin dan Shafie Apdal - UMNO bukanlah Melayu, dan Melayu adalah Melayu!

-Pak Dharma

1 comment:

IndukYati said...

salam Semua,
Umno bukanlah Melayu...tetapi melayu tetap melayu...hebat kata-kata ini...Pak Dharma