Wednesday, April 8, 2009

DARI LAMAN BLOG...

UMNO laksana syair Melayu:
Hitam legam bagai Intan Terpilih

Assalamualaikum,

Mesej jelas sudah dihantar kepada pimpinan baru UMNO menerusi pilihanraya kecil di Bukit Gantang dan Bukit Selambau, iaitu keberangan orang Melayu bukan lagi fantasi seperti diselusuri dalam 'Dandan Setia', apabila Intan Terpilih yang hitam legam boleh bertukar cantik jelita. UMNO yang terpalit hitam legam tak boleh bertukar putih melepak, sekalipun BN menang di DUN Batang Air, Sarawak. Apalagi BN Sarawak tak sama dengan BN di Semenanjung, justeru UMNO juga bukanlah alternatif di Sarawak.

Media arus perdana yang didominasi sepenuhnya oleh UMNO/BN, bukan sahaja tak memberi impak kepada kempen UMNO/BN, sebaliknya perlu memahami Intan Terpilih yang hitam legam perlu diubati dengan dimandikan di atas panca persada. Justeru terpaksa pula menunggu sang helang menyambar dari udara, mudah-mudahan kelongsong hitam legam itu tertanggal daripada tubuh asalnya. Kehadiran Tun Mahathir Mohamad membantu calon BN di Bukit Gantang juga tak membawa apa-apa perubahan.

Presiden Bekas Wakil Rakyat (Mubarak) Tan Sri Abu Zahar Ujang ketika ditemui di Sekolah Dato' Razak, Seremban 2 April 2009 lalu mengakui, BN boleh memulihkan semula peluang dalam PRK sekiranya pimpinan yang menjadi beban parti tak turun berkempen. Di Bukit Selambau apabila beliau turun berkempen, pimpinan tempatan mengingatkan Presiden MIC Dato' Seri Samy Vellu tak dikehendaki oleh pengundi-pengundi India. Di Bukit Gantang pula mereka melarang Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin turun ke gelanggang. Tetapi disaat akhir Tun Dr Mahathir yang juga tak disenangi pimpinan tempatan datang berkempen.

Kalau sebelum 28 Mac 2009, UMNO boleh menyalahkan Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi kerana pimpinannya yang lemah, tetapi penampilan Najib, Muhyiddin, Zaid Hamidi, Hishamuddin Hussein dan Shafie Apdal juga tak mampu mengubati keberangan Melayu. Senario memperalat semua jentera kerajaan bagi menyerang pembangkang, jelas menjadi bola getah yang dibaling ke dinding keras. Lantunannya menerjah ke dada sendiri, justeru Najib masih belum selesa dengan kedudukan di kerusi Perdana Menteri yang masih bercelaru, berkeliru dan berselaru. Aduhai!

-Pak Dharma

No comments: