Saturday, April 11, 2009

MALIS KAHWIN ANAK DATO' KAMAL AMIR...

Anwar berselisih jalan:
Ku Li sampai lewat sedikit


Jurucakap PRIMA Dato' Kamal Amir Kamal Hijaz meraikan majlis perkahwinan anak perempuannya hari ini (11 April 2009) di kediamannya No 27, Jalan Rimba 9/8, Seksyen 9 Kota Damansara. Beliau bersama isterinya Datin Rohana Ismail, mengucapkan terima kasih kepada semua tetamu, sahabat handai dan pimpinan negara yang turut hadir meraikan majlis perkahwinan anak mereka. Antara tetamu yang hadir termasuklah Ketua Pembangkang Dato' Seri Anwar Ibrahim dan isteri Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail, Ahli Parlimen Gua Musang Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah dan isteri, Ahli Parlimen Gombak Azmin Ali, Ahli Parlimen Pasir Mas, Dato' Ibrahim Ali.


Turut juga hadir ialah bekas Ketua Menteri Sabah Dato' Osu Sukam, Dato' Manan Othman, Dato' Dr Ibrahim Saad dan Dato' Tamrin Ghafar. Ketua pimpinan PRIMA Pak Dharma (sasterawan Dharmala N.S.), Pengerusi GMP (Grakan Mansuh PPSMI) Dato' Dr Hassan Ahmad, Pengerusi Kumpulan Karangkraf Haji Hishamuddin Yaakob juga hadir meraikan majlis perkahwinan anak Dato' Kamal Amir. Dato' Seri Anwar Ibrahim dan isteri turut merenjis tepung tawar, sebelum bertolak ke Ipoh. Sementara Tengku Razaleigh yang terlewat sedikit sampai, sempat menghadiri majlis 'makan berhadap' bersama Tamrin Ghafar, Ibrahim Ali, Manan Osman dan Osu Sukam.











1 comment:

Anonymous said...

Kenapa tak ajak Najib, Kamal?

Dulu ikut Najib selepas Anwar. Baru adil bawa bos dulu dan sekarang.

Malu atau pura2? Baru-baru ini, ada orang nampak dia berada di rumah Najib.

Oh ya tak ya. Najib berada di Bangkok. Nasib ada alasan.

Kalau tidak pasti menarik melihat Anwar dan Najib berada di Majlis yang sama.