Friday, April 17, 2009

SUARA NIZAM DARI TEMERLOH...

Kakitangan dikerah sambut Najib
Budaya mengampu amalan UMNO

Besok (18 April 2009) Dato' Seri Najib Tun Razak balik mencemar duli sebagai Perdana Menteri baru. Dato' Seri Anwar Ibrahim pun datang ke Kuantan, esok. Kerajaan Pahang kerahkan kakitangan seluruh Pahang supaya hadir selain disediakan bas percuma & upah serba sedikit (khabarnya tak tahu le, boleh jadi RM100 atau RM150, barangkali). Sudah tentulah duit kerajaan, duit rakyat. Budaya mengampu yang gunakan wang rakyat demi nak tonjolkan diri popular kononnya, dah menjadi amalan pemimpin UMNO.

Begitu juga kerajaan Negeri Sembilan belanjakan RM45,000 beli iklan puja & puji Rosmah (Datin Seri Rosmah) melawat Rembau. Duit rakyat hangus lagi semata-mata nak bodek & mengampu. Ekonomi merudum, rakyat hilang pekerjaan tapi pemimpin masih lagi bermegah-megah. Mual! Tapi, bukanlah budaya Melayu; sebaliknya budaya UMNO. Orang Melayu berhemah dan berbudi bahasa, kalau menerima kerana 'orang disuruh diberi upah; kerbau ditambat disabit rumput'. Orang Melayu tak mengampu dan membodek, kerana 'melompat bersetumpuan, mengerat berlandasan'. Kalau tak faham tanyalah Dato' Seri Rais Yatim, Menteri Penerangan, Komunikasi, Warisan dan Kebudayaan (sedihnya, kebudayaan diletakkan di belakang).

(*Ahmad Nizam Hamid ialah aktivis sosial, penyair dan pendeklamator puisi. Beliau terbabit dalam gerakan persuratan DPMP di Temerloh, di samping mengikuti majlis deklamasi puisi di Pahang. Ahmad Nizam juga seorang peguambela dan peuamcara, pernah ikut menyertai baca puisi bersama WS Rendra di Jakarta, Indonesia)

2 comments:

Anonymous said...

amende kurangnya anwar weehh...
bijok awok ngate ye..

Alang tukang kayu terbuang
Alang bijak binasa adat
Alang alim rosak binasa

ahli umno temerloh

Seladang said...

Alang pencacai tetap mengampu
Alang pembodek membasuh taik kering
Alang nak terjun baik usung cepat Najib!

Alang-alang bukan kepalang
Hati buta mengampu rambang
Ikut saja cakap orang
Tolak tumpi masuk longkang!