PRIMA alu-alukan Gapena

Dalam satu kenyataan hari ini, Gapena dilaporkan sudah membuat perbincangan dengan peguamnya petang semalam mengenai tindakan undang-undang terhadap kerajaan berhubung pelaksanaan PPSMI), yang didakwa melanggar Perlembagaan Persekutuan.Setiausaha duanya, Prof Madya Dr Hashim Ismail berkata, ini adalah kali pertama pihaknya bertemu peguam selepas gabungan 24 persatuan penulis itu bertegas dengan keputusannya untuk menyaman kerajaan berhubung isu tersebut.
Ia ekoran kegagalan Kementerian Pelajaran untuk membuat keputusan berhubung pelaksanaan PPSMI selepas tamat tarikh akhir yang diberikan oleh Gapena untuk kementerian berkenaan berbuat demikian, iaitu pada 31 Disember lalu. - (http://www.nikhassanazmi.blogspot.com/)
1 comment:
Pro Ismail Hussin jangan bercakap cara kedai kopi. Buat betul-betul! Dah lama tunggu cakap nak saman, nak saman! Orang terlalu cerdik pandai sangat memang begitu! Kalau tindakan Gapena tak berapa yakin aku!
Post a Comment