Tazkirah timbalan mufti Perak
Hakim yang boleh disogok untuk memberikan hak orang lain kepada yang tak berhak adalah haram kerana ditakrif sebagai rasuah berdasarkan ayat 188 surah al-Baqarah, menurut Timbalan Mufti Perak dalam tazkirahnya di radio 'Klasik Nasional' 6.45 petang hari ini (28 Mei 2009) ketika menjawab soalan pengacara. Ayat 188 surah al-Baqarah itu mafhomnya: "Dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian yang lain di antara kamu dengan jalan yang batil dan (janganlah) kamu membawa (urusan) harta itu kepada hakim, supaya kamu dapat memakan sebahagian daripada harta benda orang lain itu dengan (jalan berbuat) dosa,pada hal kamu mengetahui."

Seterusnya Dato' Nik Aziz menyeru pengundi-pengundi di DUN Penanti mengundi calon PKR, Dr Mansor Othman, sebagai seorang yang berkebolehan dan berpengetahuan, di samping memberi manfaat kepada semua pihak. Datuk Nik Aziz menjelaskan Umno tidak lagi mewakili aspirasi lama yang pernah ia dokong satu masa dahulu, sebaliknya kini ia menindas parti-parti lawan asalkan ia boleh terus memerintah. "PAS bersama Pakatan Rakyat sudah lebih daripada bersedia untuk menggantikan UMNO-BN dan merayu sokongan berterusan dari rakyat." beritahu Dato' Nik Abdul Aziz.
2 comments:
Kita tunggu apa jawab Sang Mufti Perak pula!
institusi fatwa telah di nudai kesekian lama nya dgn mufti2 yg tidak berpegang kepada(memihak kepada kebenaran,menentang kezaliman) mengunakan agama untok menyeblahi ketidakadilan.mana dia tradisi mufti2 hibat al azhar,mufti2 gemilang di zaman abbasi dan muawiah mereka sangop di penjarakan demi kebenaran dan keadilan.wassalam,
Post a Comment