Orang tua menahan ragam:
Cuba beri perhatian pandangan Dr M
Assalamualaikum,

Beliau dikatakan mengakui BN akan kalah jika DUN dibubarkan untuk memberi laluan bagi pilihan raya baru. “Kalau nak buat pilihan raya, kita sudah tahu apa kesudahannya. Pakatan akan menang jadi mengapa kita nak adakan pilihan raya, tapi itu hanya pandangan saya. Saya tak buat apa-apa survey, undian. Ia hanya pandangan saya selepas melihat perkembangan di Bukit Gantang dan juga cakap-cakap dengan orang,” katanya selepas menyampaikan ucapan bertajuk ‘Malaysia - Today Knowledge Economy’ di sini, hari ini (14 Mei 2009).

“Tak elok bila dunia asyik tengok kita sentiasa bertukar Menteri Besar di Perak. Mula-mula kata anda bukan lagi Menteri Besar. Esok pula kata, keputusan itu tak boleh digunapakai lagi, perlu beri masa…ini macam permainan musical chair…ia tak baik,” menurut Tun Dr Mahathir. Dalam perbilangan Adat Perpatih pandangan Tun Dr Mahathir ini bolehlah dianggap: 'Orang muda menanggung dendam; orang muda menahan ragam'. Kekalutan, kekelabutan dan kemelutan di Perak disebabkan UMNO/BN, justeru kuncinya tentulah di tangan mereka. Heh heh heh!
-Pak Dharma
No comments:
Post a Comment