Thursday, May 14, 2009

KOMENTAR:

bersama Pak Parjo...

Maka diperbuat orang nyanyi:
Anjing tersepit jangan ditolong

Sebermula tersebutlah ceritera akan Orangkaya Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat enggan ia bermuafakat dengan harakah Melayu (UMNO) untuk menubuhkan kerajaan perpaduan di negeri Melayu itu. Syahdan berkatalah Orangkaya Tuan Guru Dato' Nik Aziz, hatta ditawarkan menjadi Orangkaya Menteri Pelajaran atau Orangkaya Menteri Kewangan pun, taubatlah anak-anak buahnya mahu bersubahat. Arakian Orangkaya Tuan Guru Dato' Nik Aziz teringatlah ia akan di masa lalu, anak-anak buahnya diusir keluar dari gapura UMNO, adanya. Maka disuratkan oleh orang banyak dalam http://www.biaqpila.blogspot.com/.

Kata sahibul hikayat maka anak raja Kelantan, tiga orang perempuan, seoranag laki-laki; yang laki-laki itu lepas, Raja Gombak namanya, dan anak raja Kelantan yang perempuan itu ketiganya tertawan oleh orang Melaka. Onang Kening seorang namanya, Cupa seorang namanya, Cobak seorang namanya; ketiganya dibawa oleh Seri Maharaja kembali ke Melaka. Maka pada suatu ceritera, ada konon Bendahara Putih berkata, 'Dari kakak hamba Bendahara Paduka Raja, besar hamba; kerana Bendahara Paduka Raja sekali dititahkan, tapi sekarang hamba tak lagi dihiraukan raja'. Maka itulah diperbuat orang nyanyi:

Burung serindit bawah kolong
Bawah kolong air menitis
Anjing tersepit jangan ditolong
Kalau ditolong digigitnya betis

Syahdan disuratkan orang segala kejadian itu seperti dirawi di dalam 'Kitab Melayu' daripada:





HIDUP BAHASA MELAYU

1 comment:

Seladang said...

Bawah kolong air menitis,
Laluan basikal buatan USA;
Kalau ditolong menggigit betis,
Kalau ditegur ditahan ISA.

Itulah perangai Umno/Bn dari dulu kini dan selamanya!