Monday, May 25, 2009

DARI LAMAN BLOG


Perilaku pemerintah zalim:
Apabila ikut telunjuk isterinya

Isu pemerintah yang pongah, bongah dan congah memang wujud sejak sirah anbia adalah berkaitan dengan persekitaran dalam rumah tangganya. Kalau menonton filem 'The Ten Commandments' (1959) lakonan Charlton Heston dan Yul Brynner (gambar), kita ditampikan dengan watak Ramses bertukar menjadi bengis apabila dipengaruhi isterinya. Ramses sanggup mempertaruh nyawa rakyatnya mengejar Moses ke tepi Laut Merah, apabila dicabar oleh isterinya memenggal kepala Moses dengan pedangnya sendiri bagi membalas dendam kematian anak mereka diselaputi asap hijau.

Napoleon Bonarparte pemerintah Perancis sekitar abad ke 19 juga menjadi ganas apabila dipengaruhi isterinya Josephine Braunhanis (gambar) seorang janda yang berjaya memikat hatinya. Josephine yang lahir di tengah keluarga peladang di Indies Barat sudah mempunyai dua anak sebelum berkahwin dengan Napoleon, tetapi mampu menundukkan pemerintah Perancis itu, hingga dikenali sebagai dikatator. Napoleon yang bermula sebagai pegawai tentera pangkat rendah berjaya meningkatkan kerjayanya sebagai pemrintah tertinggi tentera, di samping menakluk Eropah kerana dorongan Josephine yang dipanggilnya 'Ros'.


Pada dekad 1930-an Adolf Hitler apabila dipilih menjadi Canselor Jerman dilabel sebagai diktator kerana pendekatannya menghancurkan negara-negara jiran. Sebagai ahli politik yang memimpin Parti Pekerja Nasionalis Sosialis Jerman (NAZI), beliau mencapai kemuncak kerjaya dengan dorongan isterinya Eva Braun (gambar pasangan bahagia Hitler-Eva). Apalagi Eva yang suka berbelanja mewah mampu untuk mempengaruhi Adolf Hitler yang digeruni di luar rumah, tetapi menjadi bacul apabila di dalam rumah. Hal yang sama juga berlaku kepada Ferdinand Emanuel Adrian Marcos (Marcos) di Filipina pada dekad 1960-an.

Marcos (gambar, bermesra dengan Emelda) dianggap diktator Filipina pada period moden juga dipengaruhi oleh isterinya Emelda yang banyak mencampuri pentadbiran Filipina. Berikutan nafus sarakahnya membunuh Benigno Aquino pemimpin pembangkang Filpina sekitar dekad 1970-an, rakyat bangkit mengusirnya hingga mati di rantau orang. Dalam sirah kesultanan Melaka, Sultan Mahmud juga bertukar menjadi zalim selepas berkahwin dengan Tun Fatimah anak Bendahara Seri Maharaja. Tun Fatimah janda Tun Ali (anak Tun Tahir, yang juga sepupunya) membuang kandungannya sebagai protes anaknya tak mewarisi takhta. Begitulah!

-Pak Dharma

No comments: