Monday, May 25, 2009

KOMENTAR:

bersama Pak Parjo..
.
Jenaka Melayu Pak Kaduk
Ayam menang kampung tergadai
Sebermula sekalian orang banyak merasa terhibur dengan cerita jenaka Melayu 'Pak Kaduk' kerana ayamnya menang, tetapi kampung pula tergadai. Adapun 'Pak Kaduk' itu kononnya di negeri Perak. Arakian menepuk-nepuk dada Pak Kaduk kerana menang bersabung di depan tiga penghulu, tetapi tak menyedari kokok ayamnya berderai-derai, ketika ekor bergelumang taik. Hatta sekali persetua dibuat orang banyak cerita penglipur lara, maka seorang penduduk kampung pun memakai dirinya seperti Pak Kaduk. Arakian berjalan-jalan ia menunjukkan dirinya kepada Pak Kaduk sebenar yang masih tak menyedari ayamnya menang tetapi kampung tergadai itu. (Gambar ihsan laman blog http://www.biaqpila.blogspot.com/)

Syahdan sekali persetua Bendahara Seri Maharaja duduk dihadap orang banyak. Maka kata bendahara pada segala orang yang menghadap itu, "Mana baik hamba dengan si Hassan?". Maka sembah segala orang itu, "Baik juga dato' daripada anakanda." Maka kata bendahara, "Salah sekali kata tuan hamba itu, kerana hamba ada bercermin pada mata beta. Baik juga si Hassan kerana ia orang muda, tetapi termanis hamba sedikit." Arakian tahulah Bendahara Seri Maharaja orang banyak itu memuji-muji apabila di depannya, kalau di belakang sudah tentu dikeji oleh mereka. Sebab itu dibuat budak-budak nyanyi:

Mana barang intan berlian
hendak meminang memandai-mandai
Apa kurangnya dato' sekalian
ayam menang kampung tergadai

Maka oleh segala orang banyak disuratkan dalam 'Kitab Melayu' seperti disebut:







HIDUP BAHASA MELAYU

No comments: