Orang marah Chin Peng:
Najib pergi ke negeri China


Sebermula maka Tun Perpatih Putih, adik Bendahara Paduka Raja, dititahkan Sultan Mansor ke benua China. Maka Tun Perpatih Putih pun belayarlah ke negeri China. Telah berapa lamanya di jalan maka sampailah ke benua China. Maka oleh raja China disuruhnya arak surat dari Melaka itu, dihentikan i rumah Perdana Menteri yang bernama Li Po. Setelah hampir dinihari, maka masuklah Li Po dengan segala menteri dan orang besar-besar hendak mengadap raja China maka Tun Perpatih Putih pun masuklah sama-sama.Maka katanya dalam hati, 'Hendak masuk mengadap raja China pun kena berbaris.' Maka oleh sekalian budak-budak dibuatnya nyanyi:
Mana upih berisi sagu
Hendak santap buah nona
Lama Tun Perpatih Putih menunggu
Hendak mengadap raja China.
Syahdan diketahui oleh Tun Perpatih Putih akan di kemudian hari kelak ada orang besar-besar Melayu berbaris juga mahu mengadap ke negeri China seperti disebut dalam 'Kitab Melayu' oleh:
HIDUP BAHASA MELAYU!
1 comment:
Orang marah komunis, Tun Razak ke negara China! Orang marah Chin Peng Najib ke Negeri China! Ini semua politik! Cari nama atas nama! Rakyat juga kelam kabut!
Post a Comment