Monday, May 4, 2009

KOMENTAR:

bersama Pak Parjo...

Orangkaya berhimpun di balairong:
Sekalian menghadap baginda Sultan

Syahdan akan berhimpunlah semua orangkaya dan orang besar di balairong seri negeri Perak pada 12 Jamadiawal 1430 (7 Mei 2009) ini. Sebermula Sultan Perak juga akan keluar kerana akan dihadap sekalian orangkaya dan orang besar sekalian. Maka berasa masghul segala orang banyak kerana tak pernah berlaku lagi di dalam negeri Melayu sebahagian 28 orangkaya daripada sejumlah 59 kesemuanya diperintah ke balairongseri, bukan kerana menghadap raja tetapi perbuatan tak beradab segelintir orang besar-besar belaka.

Arakian pada suatu hari Sultan Muzaffar Shah dihadap orang di balairong. Sudah lama baginda dihadap orang maka bendahara masuk hendak menghadap. Telah datang keluar pintu, maka Sultan Muzaffar Shah pun berangkat masuk, sebab sudah lama baginda duduk; tiada baginda tahu akan bendahara datang itu. Maka pintu pun ditutup orang. Maka pada hati sekalian orang banyak, tak patut baginda lakukan begitu, kerana kalau bukan disebabkan bendahara tak dapat baginda menaiki takhta menggantikan Raja Rekan, seperti dipantunkan orang:

Gendang raya dapat berbunyi
Raja Rekan masuk merapat
Orangkaya apa disembunyi
Dendam sahaya berdapat-dapat

Sebermula akan bendahara berasa masyghol ia dengan kejadian di balairong itu, kerana perbuatan orangbesar dan orangkaya yang sengaja mengampu-ampu, seperti disebut dalam 'Kitab Melayu' daripada:







HIDUP BAHASA MELAYU!

No comments: