Monday, May 4, 2009

YASSINSALLEH BERPUISI...


Sedanglah Khusuk Ia

Rumah besar ini
menawarkan berahi bersama
tongkat ali dan viagra.

Gedung besarnya
menyediakan peti besi
bersama pengawal
sekuriti Gurkha
lengkap bertajam kukri.

Kapal besarnya
menyediakan ruang luas
untuk ribuan
keratan kontena
kalis taufan
kalis tsunami
kalis segala.

Pangkat besarnya
memberikan kuasa
tak terbatas
untuk keadilan
dan ketidakadilan
untuk kebaikan
dan ketidakbaikan
lengkap sempurna
dengan peluang
yang juga amat besar
untuk memperlihatkan
kebangangan diri sonder budi
dengan menganggap
bahawa yang jelata
dan melata
adalah tongong
dan tolol
semata.

Dan di atas mimbar
biara tinggi
di perut gua
rumah besar itu
kini sedang
mandi bungakah dia
atau
susu tujuh belanga itu
untuk dibuat dadih
sarapannyakah
atau
sedanglah khusuk ia
mendengar bacaan kitab
Mahabaratha?

-Yassinsalleh

jam 2025
Mei 4, 09
menanam bunga
di dalam air
mengutip angin
di padang rindu
menghitung bilangan
teman-teman
yang sudah
tiba-tiba hilang.

No comments: