Mesej kepada kepongahan:
Jangan pandang perkara remeh
Sementara itu di Pulau Pinang seorang pemuda lagi dilihat memanjat pokok, malah enggan turun setelah lapan jam di situ dengan matlamatnya mahukan DUN Perak dibubarkan. Segala insiden berkenaan adalah mesej kepada kepada Perdana Menteri Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak, supaya tak meneruskan kepongahan yang menjadi amalan UMNO/BN sejak 50 tahun lalu. Kepongahan yang ditunjukkan oleh UMNO/BN lambat laun menujukan kepada berbrantakan seperti insiden 1969, 1987, 1998 dan yang terakhir 2008. Mesej pemuda berkenaan jelas pada nota yang berbunyi: “Rakyat didahulukan, pencapaian kemudian’ dan ’saya tidak sokong mana-mana parti, cuma sebagai rakyat perak, saya mahukan negeri yang aman. Ini untuk sesiapa yang boleh melakukan, lakukan sekarang.” Justeru Dato' Seri Najib tak memandang remeh insiden demikian, kerana ianya diperhatikan oleh masyarakat antarabangsa dan pelabor-pelabor di luar negeri.
1 comment:
Najib bukan tahu bahasa isyarat!
Post a Comment