Isu komunisme sekadar:
Kepentingan politik partisan
Sumber sejarah barangkali boleh dieskploit, tetapi fakta sejarah sukar disunglap kerana ia tetap disalurkan sekalipun menerusi lisan secara berkesinambungan. Isu gerakan gerila militan di hutan berikutan kolonial British memproklamir darurat pada Jun 1948 disebabkan penindasan dilakukan pihak berkuasa terhadap rakyat prolitar yang lemah. Sekalipun propaganda British meracuni pemikiran rakyat Tanah Melayu, tetapi pelajar-pelajar yang mengambil pengajian undang-undang (seperti Dato' Seri Dr Rais Yatim), sudah pasti perlu mengambil subjek Sejarah di samping Ekonomi. (Gambar keganasan tentera British terhadap rakyat Tanah Melayu)
Isu komunisme sekadar kepentingan politik partisan, bukan dibincang secara rasional sekalipun masyarakat Melayu menolak komunisme disebabkan fahaman tersebut tak percaya kepada agama. Justeru dalam perjuangan menentang darurat persatuan bekas perajurit wajar turut menelusuri fakta sejarah mengenai pembabitan tentera komanwel seperti perangkaan yang diperolehi, jentera perang penjajah terdiri dari 400,000 tentera, 77,000 polis dan 320,000 tentera simpanan termasuk AP.
Pasukan tenteranya yang diketahui terdiri dari 3 batalion askar Australia, 3 batalion askar New Zealand, 8 batalion askar Gurkha, 1 batalion askar Kenya, 1 batalion askar Rhodesia Utara (Zambia), 1 batalion askar Nyassaland (Malawi), 1 batalion askar Fiji dan lebih 50 batalion lagi askar British.” (Dipetik dari buku Darurat Dan Kemerdekaan)8. Akhbar The Times (London) melaporkan pada 2 Oktober 1953 bahawa Templer telah mengerahkan 3 divisi tentera darat untuk menghadapi peperangan di Malaya (jumlah ini tak termasuk tentera laut, udara dan kawalan kampung). (Gambar, penindasan tentera British terhadap rakyat Tanah Melayu pada masa darurat).
Di sesetengah tempat hitung panjang setiap 2 orang penduduk dijaga oleh seorang tentera British manakala setiap gerila di hutan dijaga oleh 65 orang tentera. Bandingan ini menjadi lebih besar jika dimasukkan tentera laut, udara, polis dan kawalan kampung.
No comments:
Post a Comment