Isu PPSMI guru dipersalah:
Silap haribulan, sakit jantung
oleh: Cikgu Fadzli, 28 June 2009.
Perkara ini memang biasa terjadi kepada guru. Malah ia bukan sebagai rungutan seorang cikgu. Jika terbeban, guru yang memikul tanggungjawab tanpa siapa yang tahu. Menjadi guru semua kena tahu pekeliling, mengajar, bersukan, pertolongan cemas dan lain lain. Sesetengah orang kata, kerja guru senang datang pagi balik tengahari ataupun petang. Murid cuti, cikgu pun cuti. Realiti di luar memang begitu, namun hakikatnya cikgu bekerja tanpa henti, silap haribulan cepat kena serangan jantung.
Cikgu juga mudah mendapat pujian jika dapat guru besar dan pengetua yang tahu menghormati tugas guru. Pujian selalunya susah diberi pentadbir, kerana cikgu sudah semestinya perlu menyudahkan kerjanya. Jika mengajar tidak betul dan penguasaan kandungan pengajaran tidak betul cikgu juga dipersalahkan. Dihina adalah perkara yang selalu diterima kerana mudah dipersalahkan jika dasar atau polisi pendidikan tidak berjalan dengan sebaiknya. Samalah seperti polisi PPSMI, polisi semua betul walaupun kajian tiada, yang salah guru kerana tidak pandai bahasa Inggeris. - www.cikgumalaysia.blogspot.com
Sunday, June 28, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment