Sunday, June 28, 2009

POLEMIK SUARA DARI SEMANTAN...


Ahmad Nizam jawab komen:
Tunku diperlekeh oleh UMNO

Terima kasih atas teguran (Shamshul Anuar). Memang ada dipaparkan azan dan diikuti dengan bacaan doa dalam dokumentari tersebut. Namun saya juga melihat dari visual bahawa Almarhum Tunku membacakan peristiharan dalam BI. Mungkin oleh kerana dokumentari didalam BI, maka dipaparkan peristiharan Tunku dalam BI; maksud saya mungkin Tunku berucap dalam dwi-bahasa,wallahuallam. Jika begitu (ertinya sememangnya peristiharan dalam BM), saya mengucapkan syukur alhamdulillah. Saya hanya memberikan komen berdasarkan apa yang dipaparkan dalam ASTRO 502 dan sesungguhnya saya amat terkejut.
Tentang tunduk hormat, ya, saya juga berpendapat sedemikian tetapi soalnya, apakah perlu sedemikian rupa sehingga saya melihat dengan begitu tawadduk dan seperti `kowtow' pula?Bukankah sebagai bangsa merdeka kita seharusnya punya maruah dan gengsi terhadap penjajah.didalam ucapan wakil queen disebut tentang perlembagaan persekutuan Malaya yang diberikan oleh Britain.saya perlu buat klarifikasi disini bahawa saya tidak bermaksud untuk memperkecilkan Almarhum Tunku yang begitu banyak jasa dan budinya kepada bangsa ini, tetapi sebagai anak generasi pasca merdeka dan dengan sedikit pengalaman menjelajah hampir 1/3 dunia,saya melihat dokumentari tersebut tentunya dengan sedikit sebal.

Ertinya alangkah bagusnya jika kita dapat melihat betapa para Bapa Pembina Negara ini menunjukkan bahawa kita sememangnya duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan mereka.selama ini saya kira menjelang hari kemerdekaan hanya dipaparkan visual laungan Merdeka oleh Almarhum Tunku,bukannya keseluruhan Majlis tersebut.dan terbaru yang saya perolehi ialah pada majlis tersebut,Allahyarham Dato Onn Jaafar tidak menghadirkan diri sebagai tanda protes(?;manakala Allahyarham Dr.Burhanuddin al-Helmi hadir.

Saya sedang mencari sumber apakah Allahyarham Pak Sako dan Allahyarham Ahmad Boestaman turut hadir atau sebaliknya.saya ingin menyentuh juga disini,saya turut menitiskan air mata apabila mendapat berita Tunku kembali dijemput AlKhalik,ketika itu saya masih lagi mahasiswa di UM.saya turut berbaris dengan rakyat lainnya untuk menandatangani buku takziah DAN yang lebih penting saya masih ingat tiada pun diistiharkan rakyat perlu berkabung atau bendera setengah tiang dinaikkan!memang kami cukup sebal ketika itu dengan gelagat sebegini.

Saya benar-benar mengharapkan ketika itu ada diistiharkan majlis berkabung 3 hari umpamanya atau bendera setengan tiang dinaikkan selama tempoh tertentu tetapi,tidak ada.mungkinkah kerana sehingga ke akhir hayat Tunku beliau tidak pernah mahu berdamai dengan Dr.Mahathir maka tidak ada upacara sebegitu?apakah yang diberikan oleh bangsa ini sebagai penghormatan kepada Tunku?itu belum dikira serangan peribadi terhadapnya yang dikepalai oleh Zainuddin Mydin dan lain-lain.malah keadaan yang sama apabila Tun Hussien Onn meninggal dunia.

Bangsa kita seolah miskin jiwa dan akalbudi!berbalik kepada dokumentari tersebut,saya tegaskan komen saya berdasarkan apa yang saya tonton dalam dokumentari tersebut dan saya berpegang dengannya.jika hal sebenar adalah sebaliknya,sekali lagi saya memanjatkan syukur kepadaNYA dan sila anggap komen saya tersebut bagai buih-buih dihanyutkan arus. Apapun, terimakasih di atas tanggapan saudara dan saya begitu menghargainya - Ahmad Nizam Hamid, Peguambela & Peguamcara, Semantan, Pahang (gambar, baju gelap)

No comments: