Sunday, June 21, 2009

PENGAKUAN BEKAS PEGAWAI TENTERA...


Mayat tentera musuh:
Diangkut seperti haiwan

Lef Kol (B) Malakan Kamaruddin 71 tahun, pernah terbabit dalam tragedi Kalabakan di Sabah ketika knfrontasi memuncak pada 1966. Dalam perbincangan pegawai tentera Malaysia-Indonsia dalam isu pertempuran, Malakan secara tegas mengakui beliau menembak mati dua orang tentera Indonesia. Berasal dari Rembau, Negeri Sembilan Malakan mengakui tak pernah bertempur dengan pengganas komunis, sila layari - http://www.militaryofmalaysia.blogspot.com/.
Beliau memasuki tentera pada Jan 1958 dalam usia 21 tahun walaupun mempunyai kelulusan yang agak tinggi berbanding kadet-kadet lain yang rata-rata bersekolah Melayu atap.

Malakan dimasukkan ke 5 Melayu dan dihantar ke Kem Mentakab, Pahang dan dijanjikan pangkat Sarjan tetapi beliau sebenarnya tertipu. Di Mentakab, beliau dibuli dan disuruh membuat kerja-kerja berat, tidak layak untuk seorang anak Melayu yang mempunyai kelulusan yang tinggi pada masa itu. Malah di Mentakab, beliau bertanggungjawab mengangkat mesingan berat dan terpaksa keluar masuk hutan untuk mencari pengganas komunis tetapi tidak jumpa, seperti ditulis menerusi blog berkenaan.

Masih tidak berpuashati kerana tertipu dengan tawaran Sarjan, Malakan mula buat hal dan kurang digemari oleh pegawai di situ menyebabkan beliau dihantar pula Kem Batu Road (kini bangunan Putra Word Trade Centre) dan melakukan banyak operasi memburu komunis di Rawang, Kuala Selangor dan sekitar Jelebu, Negeri Sembilan tetapi masih lagi gagal menemui aksi pertempuran. Beliau ketika ini menggunakan raifel MK5 Point 303. Sebaliknya ketika dihantar ke Sabah, beliau terbabit dalam pertempuran dengan tentera Indonesia. Disebabkan dalam suasana perang, mayat tentera musuh yang ditawan dilayan seperti haiwan sekalipun saudara seagama. Begitulah!

No comments: