Monday, June 29, 2009

SEKALI PERSETUA...

Perihal penjual ikan:
Merombak takhta Melaka

Arakian kata tuan yang empuny ceritera akan Orangkaya Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin (gambar, berbaju batik) memberitahu orang banyak:"Calon kita nak bela umat Islam dan bawa obor perpaduan. Beliau seorang yang berpengalaman, ada rekod kerja yang baik di sini, bukan seorang penjual ikan, dan berkelulusan tinggi. Penting untuk pilih calon yang berilmu kerana dialah yang nak bimbing masyarakat di sini, tak ada ilmu bahaya kerana mungkin dia terseleweng,"Maka Orangkaya Tan Sri Muhyiddin berkata lagi, calonnya nak bela Islam. Tapi, tidak pula dikhabarkan bahawa calonnya punya kelulusan yang tinggi dalam bidang agama. Katanya nak bawa obor perpaduan, tetapi Kerajaan Negeri Kelantan sejak dahulu dianaktirikan.

Gerangannya Orangkaya Tan Sri Muhyiddin mahu membezakan oarang harakah Melayu (UMNO) dan harakah Islam (PAS) di Manek Urai, tetapi tak bertanya kalau tiada penjual ikan, macam mana Orangkaya Tan Sri Muhyiddin nak makan ikan, adanya. Hatta, bberapa lamanya, datang sebuah kapal dari atas angin. Telah kapal itu berlabuh, maka segala nelayan datang berjual ikan kepada orang kapal itu. Maka Raja Kassim pun datang berjual ikan, melakukan dirinya seperti laku orang mengail banyak itu. Adapun di dalam kapal itu seorang saudagar bernama Maulana Jalalu'd-Din.

Telah ia melihat Raja Kassim, maka segera disuruhnya naik, diberinya hormat. Maka kata Raja Kassim, "Mengapa maka yuan hamba menghormayi hamba kerana hamba ini seorang nelayan berjual ikan?". Syahdan itulah diperbuat orang nyanyi:

Kail ikan anak tenggiri
Ikan masin di tanah rata
Raja Rekan memerintah negeri
Raja Kassim menuntut takhta.

Maka oleh sekalian orang banyak disuruh surat dalam 'Kitab Melayu' kepada:






HIDUP BAHASA MELAYU!

No comments: