Sunday, June 14, 2009

TAHNIAH MENERIMA MENANTU...


Pertemuan wartawan warga emas:
Majlis kahwin anak editor 'Hidayah'

PRIMA mengucapkan tahniah kepada editor majalah 'HIDAYAH' Suhaimi Hamid sempena perkahwinan anak lelakinya di Selayang Baru hari ini (14 Jun 2009). Suhaimi yang juga aktivis PAS di Selayang Baru menerima menantu sulungnyadalam majlis sederhana, turut dihadiri rakan-rakan penulis dan aktivis drama. Antara penulis dan aktivis drama yang hadir termasuklah Haji Ahmad Idris, Omar Manan (gambar), Pak Dharma, BAM (Bahyah Mahmood) dan Zakaria Yusuff. Majlis perkahwinan di kalangan anak rakan-rakan juga menemukan mereka secara tak langsung.

Justeru dalam pertemuan rakan-rakan penulis pada usia warga emas barulah saling bertanya khabar, menurut Omar Manan. Mereka juga menyedari bekas wartawan Noorshah Tamby, sekarang dala keadaan uzur. Begitu juga Hajjah Fauziah Raof yang baru menjalani pembedahan lutut buat kali kedua Mac 2009 lalu, masih tak mampu bergerak bebas. Memang benarlah kesihatan amat penting kepada setiap individu, tak mengira bekas wartawan atau sesiapa sahaja. "Kawalan makanan dan mencegah penyakit lebih baik daripada mengubatnya," kata Haji Ahmad Idris ketika singgah menjengah Fauziah Raof selepas majlis kahwin berkenaan.

1 comment:

Seladang said...

Tahniah! Tahun depan menimang cuculah kamu Suhaimi! InsyaAllah.