Pengambilan tanah adat di Rembau:
Biadab kpd institusi Undang Yang Empat
Tiga kampung yang terbabit dalam isu pengambilan tanah oleh pihak Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) membabitkan tanah adat Waris Tebat di bawah pesaka Undang Luak Rembau sekarang, YTM Dato' Lela Maharaja Dato' Haji Muhamad Sharip Othman, kata pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Badrul Hisham Shaharin atau Chegu Bard menerusi laman blognya http://chegubard.blogspot.com/. YTM Dato' Lela Maharaja Dato' Haji Muhamad Sharip adalah pemegang pesaka Undang Luak Rembau dari Waris Tebat, justeru pengambilan tanah yang dilakukan itu secara tak langsung adalah biadap kepada institusi Undang Yang Empat di Negeri Sembilan, beliau menjelaskan. Seramai 47 pemilik tanah adat yang terbabit dengan pembinaan landasan kereta api berkembar menyatakan pendirian tidak akan berpindah sekiranya tuntutan mereka mendapat ganti rugi setimpal serta tanah gantian, tidak dipenuhi.Kesemua mereka membabitkan tiga kampung di sini sepakat supaya kerajaan mengambil kira tuntutan mereka terlebih dahulu sebelum pengambilan tanah itu boleh dilakukan oleh pihak Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).Tiga kampung terbabit , Kampung Chembong Halt, Waris Tebat dan dan Chuai Hilir, di sini menurut laman blog berkenaan seterusnya.
“Nilai yang ditafsirkan terlalu rendah berbanding nilai pihak swasta yang dilantik. Kami penduduk kampung tidak akan berganjak sekiranya ganti rugi yang dibayar ini tidak setimpal,” katanya ketika ditemui Sinar Harian semasa pertemuan dengan penduduk kampung Waris Tebat, di sini semalam.Pada pertemuan itu, lebih 12 wakil penduduk kampung hadir bersama Ketua PKR Bahagian Rembau, Badrul Hisham Shaharin.
No comments:
Post a Comment