Wednesday, July 8, 2009

CORAT CORET PRK MANEK URAI

1,000 peraih dan peniaga ikan:
Akan berhimpun protes UMNO

Sikap tak beretika Ketua Penerangan UMNO, Ahmad Maslan dalam ceramahnya malam tadi (7 Julai 2009) memperlekeh calon PAS Mohd Fauzi Abdullah sebagai peraih ikan, membawa padah kepada UMNO apabila kira-kira 1,000 peraih dan peniaga ikan di Manek Urai akan membuat protes Jumaat ini (9 Julai 2009) . Mereka akan menggerakkan perhimpunan menuntut Ahmad Maslan meminta maaf kepada peraih dan peniaga ikan, kata aktivis PRIMA Yassinsalleh yang meninjau kempen pilihanraya kecil DUN Manek Urai di Kelantan. Yassinsalleh dalam SMSnya memberitahu: "Saya di Manek Urai, nengok-nengok PRK, tapi UMNO cari fasal apabila sengaja perlekehkan peniaga dan peraih ikan," beliau menjelaskan.

Dalam laman web Malaysiakini pula dilaporkan, penasihat jentera pilihanraya PAS Kelantan, Dato' Wan Abdul Rahim Wan Abdullah dalam satu sidang akhbar pagi tadi mengakui keberangan peniaga dan peraih kan di Manek Urai terhadap kebiadapan Ahmad Maslan. Menurut Wan Abdul Rahim, keberangan itu akan dibuat menerusi bantahan dalam perhimpunan tersebut yang akan diketuai oleh Presiden Persatuan Peraih dan Peniaga Ikan Kelantan, Ahmad Tarmizi Salleh di pasar Laloh mulai jam 5.00 petang. Menurut sumber mereka mendesak ketua penerangan UMNO itu meminta maaf secara terbuka kepada peraih dan peniaga ikan di Manek Urai.

No comments: