Wednesday, July 8, 2009

PUISI BERSAMA YASSINSALLEH



Pemuda Harapan Bangsa

Siang mencacak bendera
malam bersenda kata mengata
mokcik tersenyum pokcik tertawa
adik kakok bertepukan
menyambut gempita seloka
janji tak bernama
ulangan mentera hikayat sediakala
yang untuk kesekian kalinya pulak
lagi memetakan arah pelayaran
armada mencari pelabuhan esok
bangsa Melayu.

Siang yang lengang
bendera tak dikibar angin
pelaung kehilangan arah
peta tak bertanda
rembang tak berlembayung
nostalgia mencari
di mana menyoroknya pelangi
lalu, senjapun segera menutup
tempoh lintas sempadan
perlumbaanpun tamat
sebelum bermula.

Semalam melaungkan
cerita orang gambar telanjang
dan permukahan
orang luar tabi'i
hari ini tak siapa tahu
pelaung-pelaung itu berbuat apa
kerana batas sempadan
menyorokkan segala kudis
di telur dan ponggong mereka.

Selamat berjuang
duhai pemuda
harapan bangsa!

-Yassinsalleh
jam 1651
Julai 8, 09
Kg Laloh, Manek Urai

No comments: