Jadi amalan sejak dahulu:
Mereka melihat orang bergelar


Arakian pada 2007 anak-anak buah harakah Melayu (UMNO) dari Gombak (Dato' Ahmad Bujang dan Haji Yuszahari Yusuff) sudah membawa suara anak-anak buah fakir (dari PRIMA) dalam perhimpunan mereka menyeru 'Bahasa Melayu' itu tiada lain lagi digunakan di negeri ini, sebelum orang lain melawan akan PPSMI itu. Tetapi tiadalah penitir-penitir canang yang hiraukan. (Takkan anak-anak buah Orangkaya itu tak faham akan bahasa kias-kias). Adapun perjuangan bahasa itu, tak semua anak-anak buah harakah Melayu bersetuju dengan penghulu mereka.
Arakian dicriterakan orang dahulukala akan Sultan Ibrahim duduk, maka surat pun disambut oranglah lalu dibaca oleh khatib. Maka Laksamana orang yang bergelar dan bernama itu menunjukkan jari kiri kepada Tun Jana Pakibul sambil berkata: "Sungguhkah tuan hamba membunuh Tun anu, anak Tun anu itu?". Maka sahut Tun Jana Pakibul secara berkias-kias, "Oleh dengan titah maka hamba berani; kerana ia derhaka ke bawah Duli Yang Dipertuan di sini." Begitulah sejak zaman bahari akan orang bergelar bernama sahaja yang kelihatan akan jasa mereka seperti diperbuat orang nyanyi:
Hendak ke mana burung tiak
Batang dititi kayu timbul
Laksamana pergi ke negeri Siak
Gementar hati Tun Jana Pakibul
Maka oleh orang banyak dibacalah 'Kitab Melayu' yang disurat:
HIDUP BAHASA MELAYU!
No comments:
Post a Comment