Hadapi masalah teknikal
Assalamualaikum,
Maaf kepada semua pelayar blog PRIMA, berikutan dua hari tak digerakkan. Dalam tempoh dua hari masalah teknikal yang menganggu, saya hubungi pihak TMnet, mahu mengetahui sebab-sebab tak boleh disambung kepada streamax. Telefon kepada TMnet pula sentiasa sibuk, hingga semalam (3 Julai 2009), barulah dapat bercakap dengan Puan Zainab. Alahamdullillah. Justeru pagi ini (4 Julai 2009), teknisen dari TMnet memberikan perkhidmatannya, bagi mencari punca kenapa tak boleh disambungkan ke streamax. Bagaimanapun malam tadi, aktivis sosial dari Seremban Rozmal Malakan yang juga mahir mengenai komputer menghantar SMS: "Blog tak ada kena mengena dengan TMnet. Kalau tak boleh masuk internet masalah TMnet. Kalau blog tak boleh update mungkin ada spam report, boleh reavtivate balik." Bagaimanapun, terima kasih kepada TMnet yang segera mengambil tindakan.
Jurucakap PRIMA Dato' Kamal Amir Kamal Hijaz mahukan gerakan menentang PPSMI diteruskan menerusi deklamasi puisi yang dicadangkan di tempat hebat sikit. Khabarnya di kelab golf sesuai dengan minat Dato' Kamal Amir bersantai di padang golf, sejak terbabit dengan hayunan kayu golf heh heh heh! Barangkali L Mankadir Shamsi, Zakaria Bidin, Yassinsalleh atau Haji Sayuti Omar tak biasa dengan kayu golf, sama juga macam Profesor Dr Mohamad Mansor Abdullah, Yahaya Ismail atau Mohd Affandi Hassan. Tetapi jengah ke kelab golf apa salahnya, di samping deklamasi puisi di sampin mendekatkan puisis itu kepada kalangan VIP. Saya juga beberapa kali ke kelab golf (kalau di Indonesia golof) bersama Allahyarham Tan Sri Abdul Samad Idris dulu, sekalipun tak pernah menghayun kayu golf. Kami sekadar bersarapan pagi sahaja mencari kuih-kuih Melayu tradisional di Kelab Golf Diraja Selangor, di Jalan Pekeliling atau makan tengah hari untuk menikmati menu masakan Cina. Kadangkala makan tengah hari di kelab Golf Diraja Seremban, Ampangan atau di Seri Menanti, sekadar untuk bersantai yang memerhati orang menghayun kayu golf. Kalau Dato' Kamal Amir mahu mencari kelainan di padang golf mendeklamasi puisi, apa salahnya!
-Pak Dharma
No comments:
Post a Comment