Sandiwara dalam 'Enam Jahanam'

Kalau mahu melihat kehebatan lakonan, barangkali bolehlah menonton filem 'Enam Jahanam' karya Allahyarham Tan Sri Dr P. Ramlee, dengan kedudukan Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak sekarang sebagai Perdana Menteri ke 6. Heh heh heh! Salahkah Tantari mencari dan menbunuh 'Enam Jahanam' yang membunuh serta merogol isterinya, Mas di (B)atang Me(N)ara?. Setiap 'Enam Jahanam' pula berselindung di sebalik kedudukan masing-masing sebagai usahawan, perbankan, korporat, penghulu, guru persilatan dan ahli politik yang bermuka-muka, bersuka-suka dan beragenda-agenda. Sebaliknya Tantari tak bersendirian menghancurkan kebobrokan 'Enam Jahanam', tetapi dibantu oleh Laksamana Tamhuri...

Malah dilaporkan http://harakahdaily.net/ Dato' Nik Aziz dalam majlis bersama nelayan di Kelantan menyebut, ketika pemimpin UMNO begitu mengharap PAS bagi memperkuat ketuanan Melayu, dan di saat lain pula pemimpin UMNO mendera pemimpin PAS dan Pakatan Rakyat. Ia langsung tak mencerminkan semangat 1Malaysia seperti diimpikan perdana menteri. Adegan itu sudah lama berlaku. Dan baru-baru ini diulang semula Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato' Noh Omar apabila melarang pegawai di bawah kementerian yang diterajuinya menghadiri mesyuarat anjuran kerajaan negeri di bawah Pakatan Rakyat, kata Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika mengulas isu berkenaan.
Beliau seterusnya menambah, tindakan menteri berkenaan amat tidak wajar kerana cuba menyekat hak rakyat. "Tindakan sedemikian seumpama kembali semula di zaman Jepun yang berpuak-puak dan dengki. Sekarang dengan kebangkitan Islam keadaan sedemikian amat tidak sesuai lagi. Tapi tiba-tiba timbul semula masalah begitu ketika perdana menteri melaungkan semangat 1Malaysia,? ujarnya selepas merasmikan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Negeri Kelantan 2009 di Dataran Warisan, perkarangan Stadium Sultan Muhammad Ke-1V, baru-baru ini. Aduhai!
-Pak Dharma
No comments:
Post a Comment