Friday, May 15, 2009

DARI LAMAN BLOG...


Perlukan kedaulatan rakyat:
Bukan Perdana Menteri rakyat



Assalamualaikum,

Mereka yang belum berumur 50 tahun memang tak mengerti mengenai tragedi berdarah 13 Mei 1969, begitu juga warga emas berusia 60 tahun sukar memahami 'zaman ubi kayu' serta duit pokok pisang. Heh heh heh! Bagaimanapun mereka yang prihatin dengan sejarah bangsanya memang menyedari tragedi berkenaan adalah 'awan hitam' bagi bangsa Melayu. Justeru analitikal bekas Timbalan Perdana Menteri Dato' Seri Anwar Ibrahim mengenai tragedi berdarah itu (sila lihat tube di sebelah), perlu diberi perhatian secara rasional. Lainlah kalau sengaja mahu isy isy isy!

Mungkin sahaja saya generasi yang sama dengan Anwar mahupun Presiden PAS Tuan Guru Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang, justeru persepsi kami terhadap traged 13 Mei mahupun Malayan Union pada 1 April 1946 seolah-olah masih terasa terngiang-ngiang di telinga. Barangkali! Di samping pengalaman saya yang akrab bersama Allahyarham Pak Sako mahupun Tan Sri Abdul Samad Idris, kami melihat musuh nombor satu rakyat Malaysia bukanlah perbezaan ras, tetapi kemiskinan dan penindasan manusia kepada manusia. Tragedi 13 Mei memerlukan penyusunan semula masyarakat yang mendorong saya terbabit sebagai aktivis politik.

Bagaimanapun sama seperti Pak Sako, saya tak mampu menangani 'intrigue politik'; begitu juga Tan Sri Abdul Samad Idris sering membisikkan: 'Orang muda menanggung dendam; orang tua menahan ragam'. Barangkali Tan Sri Abdul Samad Idris mempunyai pencapaian yang baik dalam politik UMNO, tetapi masih kecewa dengan nasib bangsa, bahasa, pendidikan dan ekonomi warga Melayu terumbang ambing. Memang segelintir warga Melayu terbabit dengan korporat, profesionalisme dan kejayaan berikutan Dasar Ekonomi Baru selepas tragedi 13 Mei, tetapi peratusan yang melepek, melapik dan merepek masih huh huh huh!

Dato' Seri Anwar memang diketahui umum terbabit menyibarkan 'surat terbuka Tun Dr Mahathir' dan isu penerbitan 'Dilema Melayu' yang mencetuskan kontoversi, justeru analatikal beliau mengenai Tragedi 13 Mei hingga kepada One Malaysia, bolehlah dianggap sesuai dengan lanskap politik semasa. Bagi tempoh melewati 50 tahun pimpinan politik yang diwarisi gerakan kemerdekaan sudah berakhir di negara-negara Asia termasuk India, Indonesia, Filipina, Mynmar dan Indochina juga, Malaysia juga perlukan perubahan bukan peralihan; kebebasan bukan keterbukaan dan kedaulatan rakyat bukan perdana menteri rakyat!

-Pak Dharma

No comments: