Salah Laku Pimpinan UMNO:
Dari Pokok Di Perak Ke Politik Wang
Belum habis tugas menjaga pokok keramat di Perak, tiba-tiba kena pula menebus malu di Melaka. Selama ini kita hanya mengatakan, tapi kini telah demikianlah diakui dan disahkan bahawa Ketua Menteri adalah pesalah laku beli orang jual orang dalam isu politik wang. Dan aduhai Melayu bala yang teramatlah pula besarnya sedang kian menghimpit takdir yang kau tempah, kerana sedemikianlah kehendakmu. Makanya, apalah lagi yang dapat aku katakan selain dari selamat bersidang, selamat memilih dan selamat disiram kencing cucu cicitmu di kuburan. Ingatlah, bersidang tu bukanlah Tok Sidang, sekalipun di Melaka memang Tok Sidang jadi tempat mengadu orang Melayu dulu-dulu!
Lagi pun Hang Tuah tak pernah jadi Tok Sidang, tup tup dah jadi laksamana, Hang Jebat bentara kanan, Hang Kasturi bentara kiri, Hang Lekir bentara dalam, Hang Lekiu bentara luar. Ketika itu tak wujud bentara atas dan bentara bawah. Sebaliknya Allahyarham Tan Sri P. Ramlee ketika bikin filem 'Nujum Pak Belalang', beliau sebut juga fasal jin lapar, jin miskin dan berapa banyak jin ada dalam dunia. Kemudian P Ramlee suruh raja, permaisuri, tuan puteri dan Dato' Bendahara merangkak dalam gua kerana mencari mahkota yang hilang. Begitulah simbolik, bukannya khayalan! P. Ramlee berhumour, bukannya melawak. Eloklah UMNO bersidang, asal sahaja tak jadi Tok Sidang. 24-28 Mac 2009 semuanya terang benderang, terdedah terkekah dan terburai terbuncai - Salam anak cucu Tok Mejinda Azit (Dato' Maharaja Inda Azit Latiff).
(*Yassinsalleh anak kelahiran Pahang, tetapi kerabat dato' lembaga titian balai Undang Luak di Jelebu daripada Dato' Maharaja Inda Azit bin Abdul Latiff. Bekas pendidik dan terbabit dalam perfileman, pernah memenangi osker Pengarah Terbaik dalam Pesta Filem Malaysia sekitar dekad 1980-an menerusi filemnya 'Dia Ibuku'. Sekarang beliau ialah penterjemah secara profesional)
No comments:
Post a Comment