Gantung 'Harakah' dan 'SK' Terbit
Kepongahan UMNO terus dilestarikan pada hari pertama Perhimpunan Agungnya semalam (24 Mac 2009) dengan menggantung penerbitan akhbar 'Harakah' dan 'Suara Keadilan'. UMNO berasakan pendekatan menggunakan hegemoni kuasa undang-undang, mampu menghalang keberangan rakyat. Kalau pada 1999 atau 10 tahun lalu, kanak-kanak Tadika sanggup melatam dengan kaki gambar bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, maknanya mesej berkenaan sudah disampaikan secara jelas. Justeru kanak-kanak terbabit ketika itu berusia enam tahun, sekarang mereka sudah mencapai akil baligh iaitu 16 tahun. Tiba-tiba disogokkan pula isu pelaksanaan PPSMI. Aduhai!
Menghalang penerbitan 'Harakah' dan 'Suara Kadilan' bukan satu agenda UMNO apabila Dato' Seri Mohd Najib Tun razak membuat penafian. Tak hairanlah dalam 'kisah 1001 Malam' perihal Abu Nawas diminta mencari 'lembu pandai bercakap' dianggap sekadar mitos dari pengarang, walaupun ianya menampilkan simbolisme. 'Hikayat Bayan Budiman' juga turut mengangkat simbolisme mengenai isteri Saudagar Maimon yang mencabut habis bulu si bayan kerana ia boleh berbicara, di samping mengetahui kecurangan isteri saudagar berkenaa ketika suaminya tiada di rumah. Karya-karya berkenaan bukan khayalan, kerana pemikiran pengarangnya melangkaui kemampuan minda mereka yang terbatas pengetahuan amnya.
'Harakah' dan 'Suara Keadilan' itu adalah Bayan Budiman yang mahu dihapuskan oleh isteri Saudagar Maimon, bagi menyembunyikan kebobrokan dirinya berikutan kecurangan atau 'politik wang' yang sukar dibendung. Secara simbolik bukanlah khayalan pengarang, tetapi satu mesej kepada UMNO kekerasan tak mungkin menyelesaikan kepincangan. Kekuatan tentera Amerika Syarikat dan George W Bush sekadar menghancurkan prasarana di Iraq dan Afghanistan pada 2001, sebaliknya mereka tak mampu melemahkan semangat rakyat Iraq. Malah Bush sendiri menjadi 'kutu belahak' sekarang yang tak dihormati manusia, apalagi dibaling kasut ke mukanya. Begitulah!
Dua orang penjual buku juga ditahan polis, atas dakwaan bersalahan dengan Akta Cetak pada hari pertama Perhimpunan Agung UMNO. Maknanya, Perhimpunan Agung UMNO bukan lagi membawa manfaat kepada rakyat; sebaliknya menambahkan kepongahan, keperongosan dan kebobrokannya. Tak hairanlah satu ketika dulu, bekas Setiausaha Agung UMNO Tan Sri Sanusi Junid menimbulkan penglipur lara mengenai Wak Warso yang memakaikan lembunya cermin mata hitam apabila dilambakkan rumput kering di hadapannya. Kritikan Tan Sri Sanusi ialah kepada UMNO, bukan kepada PAS mahupun PKR. Justeru kenapa Wak Warso atau penjual buku di PWTC yang ditangkap semata-mata pakaikan lembunya dengan cermin mata hitam, tetapi pembekal rumput kering tak di heh heh heh!
-Pak Dharma
1 comment:
Musim Umno buat tendang saka! Ertinya dah dekat nak putus nafaslah tu!
Post a Comment