Dipilih Menerusi Kebobrokan:
Jadi Pemimpin Pak Pung Pak Mustape
Assalamualaikum,

Tetapi pemimpin parti berkenaan tergamam apabila di kalangan aktivisnya sec ara sinis menyebut 'reform or die'! Maknanya, kalau kita boleh menampilkan ucapan yang bersemangat, pihak lain juga boleh membuat persepsi sendiri. Misalnya, ketika parti pembangkan ghairah dengan ungkapan 'lawan tetap lawan'; ianya disahut oleh aktivis yang lain 'lawan jadi cendawan' sebagai kontra. Justeru trend pemilihan sudah jelas, calon yang menerima pencalonan paling tinggi semuanya kecundang. Perwakilan sudah memberi mesej yang jelas, pencalonan yang banyak diterima tak menjanjikan seribu harapan. Ahli Parlimen Jerlun Dato' Muhriz Mahathir yang menerima lebih 70 pencalonan, tak terbabit disiasat Lembaga Disiplin tewas dalam persaingan. Heh heh heh!

Apalagi sekiranya perwakilan mengambil pendekatan, penyingkiran calon Timbalan Presiden Dato' Seri Mohd Ali Rustam juga berdasarkan trend perwakilan semalam. Mungkin sahaja isu politik wang macam Pak Belalang menguji kayu yang diletakkan di dalam air 'yang mana pangkal yang mana hujung?'. Semua pihak menerima alasan yang pangkal lebih berat dari yang hujung, tak tahulah kalau mengikut ujikaji sains yangh merujuk kepada pelaksanaan PPSMI. Kalau kayu lampung tak semestinya pangkal lebih berat daripada hujung, tetapi semuanya boleh belaka kerana menurut Dato' Nikah Kahwin @ Musang Berjanggut: 'Itu undang-undang Dato' yang bikin.' Apabila memenangi persaingan menerusi kebobrokan bukan sokongan, tak hairanlah ianya akan berterusan: Pak pung pak mustape!. Heh heh heh!
-Pak Dharma
No comments:
Post a Comment