Solat Hajat Anak Muda:
Moga Najib Tak Jadi PM
Proses demokrasi ala Malaysia yang disuburkan oleh UMNO/BN melihat berlakunya pertandingan 15 penjuru pada hari penamaan calon hari ini 29 Mac 2009 bagi pilihanraya kecil DUN Bukit Selambau di Kedah. Selepas tragedi 1987, UMNO juga tewas dalam PRK di Johor Bahru, apabila keceluparan mencabar Dato' Shahrir Samad mengosongkan kerusinya. Apabila UMNO/BN hampir tergugat dengan PRK di Ampang, taktik mengumpan pengundi-pengundi dengan jumlah wang untuk pembangunan digunakan. Dato' Harun Idris tewas kerana dikaitkan dengan tragedi yang tak tentu hujung pangkal pada 1969. UMNO berjaya membunuh kerjaya politik Dato' Harun, tetapi terpaksa membayar harga yang tinggi apabila DUN Kelantan kembali semula ke pangkuan PAS pada pilhanraya 1990.
UMNO/BN akan melakukan apa sahaja untuk menang di PRK Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Air pada 7 April 2009. Bagaimanapun orang Melayu tak lagi taksub dengan UMNO; berikutan insiden gambar Najib dikoyak di beberapa tempat di utara. Sebahagian besar anak-anak muda ikut sama bersolat hajat berjemaah malam ini (29 Mac 2009), memohon Najib tak diterima oleh istana memegang jawatan Perdana Menteri. Keberangan orang Melayu kepada UMNO, semakin sukar dibendung apabila Najib memimpin UMNO mengikut kaedah demokrasi yang mereka tetapkan. Kalau Najib mahu rakyat menterjemahkan aspirasi beliau, sudah lama ianya diterjemahkan, tetapi cuba disembunyikan dengan tatacara yang memalukan, memilukan dan menyayukan! Bermula dengan Raja Petra Kamaruddin ke ISA, kehilangan penyiasat persendirian dan terbaru Ahli Parlimen Puchong digantung setahun.
1 comment:
Kamal Amir ...
Kiblat mu berubah-berubah. Dari Anwar pergi kepada Najib. Akhir-akhir ini Tengku Razaleigh
Dalam diam-diam, Anwar dilawati. Anaknya berkhidmat dengan Wan Azizah. Tidak disedari muncul muka di Majlis Najib.
Berbicara mempersoalkan UMNO tetapi berpolitik dalam UMNO. Keluarlah ke PAS atau PKR.
Oh tidak boleh, macam mana nak biayai anak2 bini2. Berpolitik atau mencari gaji?
Post a Comment