Thursday, April 16, 2009

CATATAN ZAKARIA BIDIN...

Sami Buddha ikut solat:
Orang Islam dikunjung mubaligh

Kebanyakannya berkata dunia dah nak kiamat. Tapi tak kiamat-kiamat. Salah orang kita le juga tidak persoalkan dan tidak menghalang dari disalahgunakan untuk mencemar agama kita. Banyak dah tempat-tempat orang Islam sudah dikunjungi mubaligh Buddha ni. Ada yang menyamar jadi penceramah pun ada seperti di tempat saya yang cuba menghasut anak-anak muda yang membawa sifat Buddist apabila dikatakan manusia yang mati nanti akan hidup semula dalam sifat haiwan mengikut tahap dosa masing-masing. Pengajaran yang salah ini sedang rancak menyelidap di mana-mana. Ada orang Islam yang sudah hari ini sudah sangat berminat memakai pakaian ala padri seperti bush jaket yang bertatah putih di bahagian halkum.

Perkara ini berlaku kerana orang Melayu banyak tempat ibadat hingga mereka tak sembahyang di rumah lagi dah. Mereka lebih berminat bersembahyang di surau yang mana di situlah tempat mubaligh kristian dan buddist berkunjung menyamar jadi orang alim Islam dan mempengaruhi masyarakat secara halus. Apabila orang Melayu meninggalkan sembahyang di rumah, mereka tidak tahu apakah anak isteri mereka berimamkan siapa dan hilanglah kelayakan ketua rumah jadi imam. Mereka lebih suka jadi makmum di surau yang akhirnya terjerumus dalam kancah perangkap mereka yang songsang. Wasallam.

(*Zakaria Bidin atau dikenali Zack ialah bekas sidang editorial akhbar 'Muhibbah' di Jabatan Perdana Menteri sekitar dekad 1970-an, dan ketua editor akhbar 'Ekspres' pada dekad 1980-an. Beliau juga dikenali Zabidi Noor dalam menghasilkan karya kreatif, di samping turut menulis buku politik.)

No comments: