Thursday, April 16, 2009

LAPORAN PETANG...


Dirawat di hospital PUSRAWI:
Haji Bakar mengalami mini-stroke

Aktivis PRIMA yang juga penerbit buku, Haji Abu Bakar Ninggal menerima rawatan di Pusat Rawatan Islam (PUSRAWI) hari ini (16 April 2009) akibat gangguan mini-stroke sejak dua hari lalu. Bagaimanapun keadaan beliau stabil, menurut isterinya Hajjah Roselina Hussein. Dua hari lalu Hajjah Roselina menghubungi sekretariat PRIMA memberitahu Haji Abu Bakar kurang sihat, di samping mengalami gangguan sakit kepala. Setelah menerima rawatan di PUSRAWI, Haji Abu Bakar disahkan mengalami mini-stroke. "Haji Abu Bakar memerlukan rihat di samping pemeriksaan ujian darah," Hajjah Roselina menambah.
(*Haji Abu Bakar Ninggal ialah bekas wartawan 'Purnama Filem' di Singapura pada dekad 1960-an, sebelum terbabit dalam urusniaga import-eksport ke Vietnam dan Indochina. Beliau balik semula ke Malaysia pada 1976, dengan menerbitkan majalah 'Saripati', akhbar 'Mingguan Bumi' dan majalah 'Intisari')

1 comment:

Seladang said...

Saya dan keluarga saya senantiasa mendoakan agar Sdr Bakar segera sihat dan boleh aktif kembali!!!