Wednesday, April 15, 2009

CORETAN KEMBARA...


Antara dua 'Warung Saya':
Di kota dan di desa yg berbeza

Singgahlah di 'Warung Saya'. Di Hujung Jembatan' pemberitahuan: Kalau sesiapa dari Chow Kit nak ke PWTC singgahlah di 'Warung Saya', dekat hujung jembatan; ada wifi, free fon charging dan free fomo surfing. Boleh komen blog; boleh SMS ngata orang, boleh tengok orang-orang terhormat telanjang. Boleh duduk sembang-sembang, pasang pukat pasang lukah, pasang tajur kalau mujur, malam boleh dangdut sampai pagi. Bila nampak Yang Berhormat lalu boleh ikut tawar khidmat memudah cara, biasanya mereka pemurah, lebih-lebih lagi yang luas hutan negerinya.
Kalau bawa ke Jalan Alor bolehlah tumpang sekaki. Haaa? Kenapa aku buka warung begitu? Supaya senang dapat overriding komisyen jual orang beli orang, tulis blog tulis buku, semuanya sedang laris sekarang. Hantar SMS pun boleh dapat upah lumayan. Jangan lupa datanglah sembang-sembang di 'Warung Saya' hujung jembatan. Kembara di kota berbeza dengan kembara di desa, kerana warung di desa tak sama dengan warung di kota. Bagaimanapun kalau ke Lancang, di Pahang singgahlah di 'Warung Saya' milik L. Mankadir Shamsi. Boleh cari telur itik kampung, kerdas, jering, daun asam jawa, petai; kadangkala tempoyak pun ada. Tapi, awas L Mankadir ternak lembu, kambing dan seladang juga! - (Yassinsalleh, Pucung Perdana, Selangor - 15 April, 2009; jam 18:03:37)

No comments: