Wednesday, April 15, 2009

DARI LAMAN BLOG:

Samson buta mata
Spartacus masih dirantai.

Assalamualaikum,

Memang filem-filem lama menjadi nostalgik, malah tak jemu ditonton apabila ditayangkan di kaca tv (kalau di panggung tak kuasa mahu melongo bersama anak-anak muda). Pagi ini (15 April 2009) selepas solat subuh Astro 412 (CinemaX), secara tak sengaja saya menonton filem 'Spartacus' yang sudah beberapa kali ditonton. Filem keluaran dekad 1960-an itu, pernah juga saya tonton ketika bersantai di penginapan pada 1996 apabila ke Stockholms di Sweden. Bagaimanapun saya tak menonton sejak awal, kerana filem berkenaan ditayangkan di kaca tv mulai jam 5.00 pagi, tetapi hampir 7.00 pagi barulah saya terconggok di depan tv

Semalam(14 April 2009) channel yang sama di samping waktu yang sama, filem 'Samson and Delilah' ditayangkan di kaca TV. Justeru selepas solat subuh, di samping bersantai menunggu sarapan, sempat juga menonton filem nostalgia berkenaan. Barangkali perkara biasa sahaja filem-filem terbabit, tetapi sinikal yang ditampilkan hampir tak disedari. Apalagi 'Samson and Delilah' yang diadaptasi daripada injil ayat 13-16 itu, terlalu menusuk di kalbu perihal perkasa seorang lelaki dimusnahkan oleh pujuk rayu perempuan. Samson pula rela matanya dibutakan sebagai balasan Allah kerana mudah digoda oleh kecantikan Delilah. Begitulah!

Spartacus pula dianggap epik terkenal perihal manusia membebaskan perhambaan minda dan fizikal, tetapi sukar menembusi peraturan dan undang-undang empayar Rom. Bagaimanapun undang-undang (seperti kata Tok Nikah Kahwin @ Musang Berjanggut, itu undang-undang Dato' yang bikin) tak mampu menewaskan perpaduan golongan prolitar. Apabila komander tentera Rom, Crusses tampil di khalayak ramai untuk memerangi Sparticus, dia menyeru bala tenterannya: 'New Rome, new Italy, new empire!'.

Malaysia memang melalui period 'Sparticus' dan 'Samson and Delilah' sekarang sama ada secara langsung atau tak langsung. Pemilihan filem-filem berkenaan di Astro 412 (CinemaX) seolah-olah mengingatkan kita, Samson akan dbutakan matanya selepas tergoda dengan kejelitaan Delilah, sama ada secara simbolik mahupun realitinya. Spartacus juga akan terus dirantai selepas memporak-perandakan kerajaan besar Rom, yang dipimpin komander tentera yang baru Crusses. Empayar Rom yang sukar dikalahkan pada era sebelum Masehi akhirnya melalui episod beberantakan, barangkali Astro 412 akan menayangkan pula 'The Fall of The Roman Empire' lakonan aktor Stephen Boyd dan aktres Sophia Loren.

-Pak Dharma.

No comments: