Baru sahaja diberi taklimat:
'Satu Malaysia' kpd jemaah menteri
Assalamualaikum,

Pada period Tunku, Tun Razak dan Tun Hussein Onn sudah wujud 'Malaysia Timur' dan 'Malaysia Barat'; sebaliknya dimasuhkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad dengan perbezaan waktu setengah jam di seragamkan. Akibatnya di Malaysia Barat lewat setengah jam daripada Malaysia Timur, terpaksa diawalkan. Misalnya jam 6.30 pagi, terpaksa diselaraskan kepada 6.00 pagi, lantas tergocoh-gocohlah (bukan tergopoh-gopoh) kakitangan awam ke pejabat. Kadangkala tak sempat solat subuh, kalau menetap di Seri Gombak mahu ke Putrajaya.
Disebabkan dasar kerajaan tak ditentukan oleh demonstrasi jalanan; malah istana juga tak boleh campur tangan membuat dasar, justeru pelaksanaan badan kehakiman di samping pelbagai akta digerakkan untuk memperhambakan minda. Rakyat hampir menjadi jumud, berfikiran beku malah dilaporkan timbalan menteri pun dipanggil bodoh kerana tak memahami polisi kerajaan. Apalagi polisi kerajaan berubah-ubah mengikut slogan, misalnya daripada 'pembangunan' kepada 'DEB' diikuti 'perpaduan', 'penerapan nilai Islam', 'Islam Hadhari' dan 'Satu Malaysia'!
Barangkali jemaah menteri pun masih melongo dengan perubahan 'Islam Hadhari' kepada 'Satu Malaysia', malah mesyuarat kabinet hari ini (15 April 2009) baru diberikan taklimat oleh Dato' Seri Mohd Najib. Justeru hari ini jemaah menteri baru diberi kefahaman mengenai 'Satu Malaysia' itu, di samping DUN Terengganu bergolak, UMNO Perlis berkocak dan UMNO di Perak terus berombak, bergejolak dan berbolak-bolak. Heh heh heh!
-Pak Dharma.
No comments:
Post a Comment