Sia-sia sahaja media barat:
Malaysia pun tak tahu 'mahathirism'
Desas desus menyebut media barat seolah-olah terlalu memberi perhatian sangat terhadap peralihan pentadbiran baru di Malaysia yang belum pun sampai sebulan. Malaysia dianggap di bawah 'Mahathirism', malah di Australia menggelarkan Malaysia negara 'porahhh'. Entahlah! Hebat sangatkah Malaysia di kalangan media barat, menyebabkan mereka bagaikan trauma dengan 'mahathirism' seperti keperihalan 'moism' di Republik Rakyat China (RRC) sekitar dekad 1960-an dan 1970-an. Malah ketika Tun Abdul Razak menjalin hubungan diplomatik dengan RRC pada dekad 1970-an ianya dipandang serong.
 Ketika saya ke Stockholms, Sweden pada 1996 penduduk pendalaman di Surrahhamar (gambar kanan di depan muzium The Vikings) misalnya tak kenal pun Malaysia; apalagi mereka tak tahu di mana letak negara Malaysia. Apabila diberitahu Malaysia di benua Asia, mereka bertanya adakah berdekatan dengan Kuwait (yang juga di benua Asia) disebabkan keluarganya berkhidmat di negara berkenaan. Kalangan 'kesatuan sekerja' pula sekadar mengenali 'Kuala Lumpur' dan Tunku Abdul Rahman pejuang 'apartheid', justeru mereka tak langsung mengenali Malaysia. Kalau media di barat memburuk-burukkan Malaysia, barangkali tak memberi apa-apa kesan!
Ketika saya ke Stockholms, Sweden pada 1996 penduduk pendalaman di Surrahhamar (gambar kanan di depan muzium The Vikings) misalnya tak kenal pun Malaysia; apalagi mereka tak tahu di mana letak negara Malaysia. Apabila diberitahu Malaysia di benua Asia, mereka bertanya adakah berdekatan dengan Kuwait (yang juga di benua Asia) disebabkan keluarganya berkhidmat di negara berkenaan. Kalangan 'kesatuan sekerja' pula sekadar mengenali 'Kuala Lumpur' dan Tunku Abdul Rahman pejuang 'apartheid', justeru mereka tak langsung mengenali Malaysia. Kalau media di barat memburuk-burukkan Malaysia, barangkali tak memberi apa-apa kesan!Berbeza dengan 'moism' yang berpengaruh di Indochina, barangkali termasuk juga Mongolia, di samping bersaing bersama komunisme marx dan lenin di Eropah Timur, 'mahathirism' bukan menjadi ancaman kepada blok barat. Malah aura Osama bin Laden lebih menggerunkan mereka selepas propaganda George Bush mampu mempengaruhi lembu-lembu ternaknya di Eropah. Di Malaysia sendiri tak siapa pun mengetahui mengenai 'mahathirism', justeru media barat seolah-olah memasaang serkap jarang di lokasi anak-anak ikan bermain. Heh heh heh!
-Pak Dharma
 
 
 




















No comments:
Post a Comment