Thursday, April 23, 2009

PANDANGAN ANWAR...


Segelintir pegawai Malaysia:
Terbabit dagangkan gadis Burma?

Sekiranya benar laporan Financial Times bahawa ada segelintir pegawai Malaysia yang terbabit dalam aktiviti memperdagangkan gadis-gadis pelarian Burma, seharusnya Kerajaan Malaysia mengambil tindakan tegas dengan menghukum mereka yang terbabit. Laporan Financial Times tersebut menyatakan pelarian ini lari dari negara asal mereka ke negara Malaysia ataupun Thailand dengan harapan untuk mendaftar di bawah perlindungan United Nations High Commissioner for Refugees (UNHCR).
Namun harapan mereka berkecai apabila pegawai yang diharapkan menjadi pelindung dari kezaliman berterusan, bertindak mendapat laba dengan menjual mereka ke rumah-rumah pelacuran. Kita sewajarnya memberi perhatian serius laporan Financial Times yang berasaskan dari siasatan Jawatankuasa Hubungan Antarabangsa Senat Amerika itu. Usaha tidak bersungguh-sungguh pihak berkuasa di dalam mengendalikan masalah ini merumitkan lagi keadaan serta mencacatkan reputasi negara kita dikaca mata dunia. Saya menyeru agar siasatan menyeluruh diadakan dan usaha memerangi jenayah ini dipertingkatkan. Mereka yang bertanggungjawab mesti dihadapkan ke muka pengadilan

(*Dato' Seri Anwar Ibrahim ialah Ketua Pembangkang dan Ahli Parlimen Permatang Pauh. Bekas Timbalan Perdana Menteri, dan pernah terbabit sebagai aktivis pelajar dan pimpinan belia sekitar dekad 1960-an dan 1970-an)

1 comment:

Seladang said...

Kalau pimpinan kerajaan suka gunakan wanita luar negara sebagai perantaraan untuk sesuatu pembelian antara negara ke negara, tak hairanlah pegawai-pegawai tertentunya juga memperdagangkan wanita! Ini musim One Malaysia!