Wednesday, April 22, 2009

INFO SUARA PROLITAR...


Samseng jalanraya putar belit fakta:
Boleh dorong kepada sentimen kaum

Kerenah samseng jalanraya boleh menimbulkan ketegangan kaum, sekiranya tak diambil apa-apa tindakan tegas bagi menanganinya. Dua hari lalu (20 April 2009) misalnya, samseng jalanraya dari kalangan anak-anak muda India di Batu Caves, Selangor memukul pemandu lori berusia melewati 50-an apabila keretanya tergesel. Dalam insiden tersebut lima pemuda berkenaan keluar dari simpang Petronas, tiba-tiba merempuh lori yang melintasi rel keretapi di situ. Berikutan insiden tersebut, lelaki Melayu sudah dikira warga emas itu luka di kepala, justeru meminta bantuan di gerai makan berdekatan.

Sebaliknya lima lelaki India terbabit membuat laporan polis, dengan memutar belitkan insiden sebenarnya, kononnya anak-anak muda di gerai makan membelasahnya. Mujurlah lelaki yang dibelasah itu turut membuat laporan polis, yang menyebabkan mereka semua terserempak di balai polis. Aktivis masyarakat di sini Ir Adnan Haji Khalid (gambar kanan) melahirkan rasa kesal dengan tindakan samseng jalanraya itu memutar belitkan insiden tersebut, hingga hampir menimbulkan sentimen kaum. Justeru katanya, pimpinan masyarakat bukan Melayu seharusnya mengambil langkah positif terhadap gejala samseng jalanraya yang boleh mendorong kepada sentimen kaum di kalanngan masyarakat.

No comments: