Monday, April 20, 2009

LAPORAN TV TENGAH HARI...



Tempoh 14 hari MB Pahang:
Bayar RM63 j kpd syarikat balak

Laporan BERNAMA menerusi TV tengah hari (20 April 2009) menyebut Menteri Besar Pahang Dato' Seri Adnan Yaakob diarah Mahkamah Tinggi Kuantan membayar RM63 juta kepada sebuah syarikat konsesi pembalakan dalam tempoh 14 hari.Bayaran tersebut bagi melunas bayaran penghakiman kepada sebuah syarikat berkenaan apabila melanggar perjanjian pemberian konsesi pembalakan di Mukim Bebar, Pekan, dekat Kuantan. Hakim Datuk Abd Halim Aman membuat penghakiman, syarikat berkenaan memperoleh perintah Mahkamah Tinggi Kuantan pada 25 Mei 2007 yang membenarkan syarikat Seruan Gemilang Makmur Sdn Bhd mendamus (untuk memaksa), selepas segala saluran perundanga untuk tuntutan dibuat.

Dalam penghakimannnya Abdul Halm berkata, "Menteri besar adalah orang yang tepat serta berkelayakan dinamakan sebagai respondan kerana Pahang dan manamana negeri sekalipun kecuali Sabah dan Sarawak, tiada wujud jawatan menteri kewangan negeri." Berdasarkan Artikel 41 (1) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Pahang turut menyatakan menteri besar mempunyai kuasa serta berkompeten untuk menyempurnakan jumlah bayaran dari Tabung Kumpulan Wang Yang Disatukan Negeri.

Seruan Gemilang diwakili peguam Rajoo D Moothy dan Richard Bong Chong Fook manakala Adnan diwakili oleh Datuk Shafie Abdullah. Pada 15 Oktober 2008, syarikat pembalakan berkenaan memfailkan permohonan ‘mandamus’ setelah gagal menerima sebarang pembayaran walaupun telah menuntut pembayaran jumlah penghakiman dan faedah pada 7 April 2008 dan 27 Ogos 2008. Pada 9 Disember 2002, syarikat itu memfailkan saman terhadap kerajaan negeri Pahang Pahang dan Pengarah Perhutanan Negeri kerana didakwa melanggar perjanjian
kontrak konsesi pembalakan berhubung pengeluaran kayu balak di atas tanah seluas 4,000 hektar di Mukim Bebar.

Pada 17 September tahun lalu, kerajaan Pahang diperintah membayar sejumlah RM60 juta kepada syarikat tersebut selepas ia gagal dalam usaha terakhirnya di Mahkamah Persekutuan untuk mendapat kebenaran merayu. Mahkamah Persekutuan dengan itu mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuantan pada 25 Mei 2007 yang memerintahkan kerajaan Pahang membayar RM37,127,471.60 beserta faedah lapan peratus setahun mulai 31 Disember 2000.
Sementara itu, Penasihat Undang-Undang Kerajaan Negeri, Datuk Mat Zara’Ai Alias berkata pihaknya akan memfailkan permohonan menangguhkan keputusan esok.

1 comment:

Seladang said...

Maka dengan berita ini bertambah gamatlah kedai kopi di seluruh pelusuk negeri Pahang menceritakan prihal bakal pengganti Dato Sri Adnan!

Ada yang mengatakan Shahkar Shamsuddin - Ada juga mengatakan Ishak Muhammad - Ada mengatakan Jamaluddin Jarjis yang akan bertanding di DUN Pelangai sementara Dato Adnan akan bertanding di Rompin sebagai Ahli Parlimen - Yang terbaru pula ialah Wan Adnan.

Oleh itu siapa pandai bodek Najib dia akan dapat. Namun siapa boleh tolong Dato Adnan mungkin juga masa depannya cerah!