Sunday, May 10, 2009

HARI IBU 10 MEI

'Hari Ibu' pada 1Malaysia:
Barangkali berbeza persepsi.

Persepsi 'Hari Ibu' di Malaysia barangkali memilih 'ibu mithali', justeru ianya diberi anugerah bagi memperlihat keprihatinan pimpinan negara terhadap ibu-ibu yang dikagumi penampilannya. Selepas anugerah disampaikan, di samping pimpinan kerajaan sudah diberi publisiti meluas kerana keprihatinan itu, segalanya akan berlalu macam debu-debu dipuput angin. Sebaliknya di barat tak pula ditampilkan 'ibu mithali' dengan anugerah, diikuti laporan media mengenai keprihatinan pimpinan kerajaan. Di Sweden misalnya, ketika aktivis prolitar mengunjungi kawasan di pendalaman Surrahammar, 1996 kebetulan pada 'hari ibu' berbeza sedikit.

Kalangan ibu diberi cuti sehari dengan tak perlu melakukan kerja-kerja rumah sepanjang hari. Segala kerja rumah dilakukan oleh kaum bapa, termasuk memasak, berkemas rumah, cuci pakaian, mengurus anak-anak ke sekolah, malah menyusukan bayi. Kaum bapa boleh didakwa melakukan kesalahan di bawah peruntukan undang-undang sekiranya kaum ibu tak diberi cuti. Ketika aktivis prolitar berkunjung ke rumah satu keluarga, si isteri sekadar duduk sahaja melayan tetamu, sementara si suami melakukan kerja-kerja suri rumah. Konsep berkenaan berbeza dengan 1Malaysia, barangkali!

No comments: