Sunday, May 10, 2009

HARI VEESAK DI JELEBU...


Pekan sempit lagi disempitkan:
Penduduk sekadar mengurut dada

Perarakan 'Hari Veesak' jam 8.30 malam di pekan Petaling, Jelebu, Negeri Sembilan semalam (9 Mei 2009) amat memeranjatkan, kerana tak pernah sebelum ini dijalankan. Berikutan politik UMNO/BN berbrantakan pada PRU13, mereka membenarkan perarakan menyambut 'Hari Veesak' dengan berlakunya kesesakan jalan yang teruk. Penganut agama Budha mengarak tiga patuang raksasa dari simpang pekan Petaling ke Sekolah Rendah (J) Kebangsaan China Kampung Baru Petaling dalam jarak 500 meter menyebabkan jalan ke lokasi Rumah Murah Petaling ditutup hampir satu jam.


Dalam tempoh lebih 60 tahun tak pernah penduduk melihat perarakan raksasa membawa patung-patung gergasi melintasi pekan Petaling yang menuju ke Kampung Gagu (iaitu kampung Ahli Parlimen Jelebu, Dato' Seri Dr Rais Yatim). Ironinya, kenapa tak dibuat di Titi atau Sungai Muntoh yang majoritinya penduduk Cina? Kenapa tak di pekan Kuala Kelawang sebagai pusat pentadbiran daerah Jelebu, atau tak di Simpang Pertang? Perarakan raksasa ini, barangkali boleh dilihat dengan senario di Perak apabila tak pernah dalam sejarah UMNO, pimpinan MIC dilantik menjadi Speaker.


Apakah kerana PR melantik pimpinan India menjadi Speaker DUN Perak, justeru pimpinan 1Malaysia menggadai maruahnya untuk menampilkan pimpinan MIC bagi mengikut rentak dan tari PR? Bagaimana kalau PR melantik Speaker dari kalangan Orang Asli, apakah UMNO/BN juga akan melakukan perkara yang sama. Atau pimpinan Cina untuk jawatan Speaker, UMNO/BN juga perlu menampilkan pimpinan MCA atau Gerakan bagi jawatan Speaker DUN Perak? Heh heh heh! Tetapi perarakan raksasa 'Hari Veesak' di pekan Petaling memang menyulitkan apabila jalan ditutup.


Justeru saya terpaksa meminta budi bicara jawatankuasa mereka untuk keluar ke simpang jalan disebabkan perlu balik ke Kuala Lumpur. Jawatankuasa terbabit memanggil pasukan RELA yang mengiringi kenderaan saya melalui di tengah-tengah perarakan untuk bagi melepasi kesesakan jalan yang luar biasa. Pekan kecil yang memang sudah sedia sempit lagi sempit dan disempitkan, terpaksa dilalui penduduknya dengan mengurut dada. Barangkali, bernasib baik tak berlaku kecemasan sama ada kebakakran, ambulan atau lain-lain, aduhai! - Pak Dharma.

No comments: