Tuesday, May 12, 2009

PANDANGAN KU LI...


Penyelesaian krisis DUN Perak:
Ku Li mohon Sultan perkenan bubar

Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah memohon Sultan Perak, Sultan Azlan Shah berkenan membubarkan DUN Perak, bagi membuka penyelesaian krisis perlembagaan yang berlarutan dengan mengadakan pilihanraya khas seperti dilakukan ke atas DUN Kelantan pada 1978. Tengku Razaleigh yang juga bekas Naib Presiden UMNO dalam laman blognya menegaskan: "Kita berharap Sultan memperkenan untuk membubarkan DUN. Ia bukan sahaja tindakan sewajarnya, tetapi satu-satunya cara keluar daripada krisis yang membelit Perak, merosakkan keluhuran undang-undang, mencalarkan badan kehakiman, polis dan perkhidmatan awam negeri, dan mencemarkan sistem beraja di mata umum."

Di awal krisis ini, Tengku Razaleigh telah mempertikaikan tindakan rampasan kuasa BN, termasuk menggugurkan jawatan Mohammad Nizar, dengan menyifatkannya di luar proses perlembagaan. Dalam tulisan terbarunya Tengku Razaleigh yang pernah bekas memimpin Parti Melayu Semangat 46 ketika mnolak pendekatan Tun Dr Mahathir Mohammad memberi laluan kepada Dato' Seri Anwar Ibrahim dalam pimpinan UMNOberkata, kerajaan BN pimpinan Datuk Seri Zambry Abd Kadir lebih kurang tiga bulan "selama ini haram dan semua keputusan serta kontrak yang dibuat olehnya tanpa asas perundangan."

No comments: