Monday, June 8, 2009

DIARI SEORANG GURU

Cuti sekolah guru bekerja:
Tugas yang melewati ganjaran

oleh: Cikgu Fadzli

Ramai yang kata guru kini lebih beruntung. Selain gaji yang tinggi, cuti pun banyak. Itu orang yang kata, hakikatnya tidak. Cuti punkerja perlu jalan supaya pelaksanaan tugasan lancar selepas sekolah. Susah menerangkan kepada masyarakat yang cuti sekolah ├Żang banyak tidak sedikit pun mengurangkan kerja guru. Sebenarnya, tugas guru melewati segala ganjaran yang ada termasuk gaji. Jika hendak dibandingkan gaji, masih lagi perlu penambahbaikan kerana kurang berbaloi dengan pengorbanan yang diberikan, Cikgu Fadzli menulis menerusi blognya www.cikgumalaysia.com

Jika di mana-mana jabatan lain, kita mempunyai kakitangan sokongan namun guru perlu menjalankan tugasnya dengan keupayaan sendiri. Tiada siapa lagi mahu mengisi borang, membuat kertas kerja dan pelbagai urusan kebajikan pelajar melainkan guru juga yang laksanakan. Jadi, guru tidak bercuti namun banyak lagi perlu diselesaikan sebab semasa sekolah hanya memikirkan pendekatan mengajar semata-mata. Memang sejak dekad 1960-an lagi tanggapan demikian, justeru guru-guru dilabel sebagai pejuang untuk kenaikan gaji.

Ironinya, tak siapa peduli perjuangan guru-guru Melayu sejak 1950-an mahukan kerajaan wujudkan pengajian Melayu hingga ke peringkat tinggi menerusi gerakan Kesatuan Kebangsaan Guru-Guru Melayu Semenanjung (KKGMS), di samping mendaulatkan Bahasa Melayu seperti disuarakan Cikgu Mohd Noor Ahmad, Cikgu Mohd Noor Hamid, Cikgu Ahmad Abdul Rahman, malah Cikgu Ahmad Arshad (bekas Ahli Parlimen Tangkak) berucap di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggunakan Bahasa Melayu disambut tepukan gemuruh. Apabila dapat tunggakan kenaikan gaji pada dekad 1960-an, guru-guru sekadar mampu membeli 'volkswagen' dan vespa - justeru ianya dituduh berjuang kerana gaji!

2 comments:

Seladang said...

Itup pun nak sokong Umno/Bn lagi?

Anonymous said...

Aku sokong 100% coz wife aku cikgu yg dibebani kerja yg melampau..Patutnya kerajaan perlu fikir untuk meletakkan kumpulan sokongan yg membantu kerja guru.Kalau setakat kerani sekolah suruh sikit dah mengamuk haahaahaa...