Pergilah ia ke negeri atas angin:
Bawa bersama kumpulan pelajar

Sebermula adapun Raja Rekan tiada bercerai dengan Sultan Abu Shahid. Maka kata Seri Nara Diraja Tun Ali, 'Bahawa titah menyuruh merebut Sultan Abu Shahid, takut dibunuh oleh Raja Rekan.' Maka orang banyak berseru-seru melarang jangan menikam Raja Reka dahulu, arakian tiada didengar oleh oran sekalian kerana sangat sabur, lagi orang banyak sakit hati akan Raja Rekan itu disebabkan memandai-mandai ia memerintah negeri Melaka. Maka ditikam oranglah Raja Rekan, kena dadanya terus meneru. Setelah Raja Rekan merasai luka itu, maka ditikamnya Sultan Abu Shahid, maka baginda pun matilah. Oleh yang demikian diperbuat orang nyanyi:
Kalau makan rasa nak muntah
Tekak pahit tersedak-sedak
Raja Rekan duduk memerintah
Sultan Abu Shahid lagi budak
Syahdan disurat orang dalam 'Kitab Melayu' seperti disebut oleh:
HIDUP BAHASA MELAYU!
No comments:
Post a Comment