Monday, June 22, 2009

ISU H1N1 SERIUS:


Wujud penularan tempatan:
H1N1: Premis sekolah tutup seminggu

Oleh HASHNAN ABDULLAH - pengarang@utusan.com.my

PUTRAJAYA 21 Jun - Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Jalan Davidson, Kuala Lumpur menjadi premis pertama di negara ini ditutup selama seminggu ekoran wujudnya penularan tempatan penyakit selesema babi atau Influenza A (H1N1). Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, tindakan tersebut penting bagi mengelakkan penyakit itu menjadi satu wabak yang sukar dikawal pada masa depan. Menurutnya, ia juga sejajar dengan protokol yang telah ditetapkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Kebangsaan Antara Kementerian Untuk Menangani Wabak Influenza A (H1N1) pada 18 Jun lalu.

''Saya telah dimaklumkan oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai tentang situasi penyakit itu di sekolah terbabit pada tengah hari tadi. ''Beliau berpendapat kebimbangan dalam kalangan ibu bapa murid memerlukan kita mengambil langkah untuk menutup sekolah itu selama seminggu," katanya. Muhyiddin berkata demikian kepada pemberita selepas menutup Kejohanan Mendayung Jabatan Perdana Menteri 2009 di sini hari ini. Hari ini, Kementerian Kesihatan mengesahkan satu lagi kes H1N1 melibatkan seorang murid perempuan berusia 11 tahun dari SJKC Jalan Davidson di sini, menjadikan ju mlah kes itu di seluruh negara meningkat kepada 50 setakat ini.

Murid tersebut adalah rakan sekelas kepada kes terdahulu di sekolah berkenaan iaitu di Kelas 5 (I), menjadikan kes H1N1 di sekolah itu kepada tiga, dua daripadanya kes penularan tempatan.
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran memberitahu, tindakan menutup sekolah itu selama seminggu adalah wajar walaupun ia melibatkan jumlah murid yang kecil.Beliau menambah, walaupun penting untuk tidak mengganggu pelajaran murid-murid di sekolah, tetapi soal keselamatan dari segi kesihatan lebih diberi keutamaan.

No comments: