Tuesday, July 7, 2009

BERPULANGNYA KE RAHMATULLAH AKTIVIS BUDAYA


Hilangnya pejuang persuratan
'Abah' dalam kenangan teman-teman

Bekas pimpinan Dewan Persuratan Melayu Pahang (DPMP di Temerloh yang juga aktivis budaya Syed Ahmad Syed Abdullah (Shahmad Malaya) meninggal dunia pagi ini, beritahu Zainal Rasidin (gambar, kiri) ketika menziarahinya di Hospital Temerloh. Syed Ahmad yang lebih sinonim dengan panggilan 'Abah' di kalangan teman-teman penulis di rawat di hospital berkenaan sejak beberapa hari lalu. Rakan-rakan penulis dan aktivis PRIMA turut berada di hospital termasuk Prof Dato' Dr Muhamad Mansor Abdullah, L Mankadir Shamsi, Ahmad Nizam Hamid dan beberapa lagi kata Zainal yang bertolak pagi ini (7 Julai 2009) bagi menziarahi selepas diberitahu 'Abah' dimasukkan ke wad hospital.

Abah bekas pendidik banyak menghasilkan cerpen sekitar dekad 1950-an dan 1960-an menerusi majalah dan akhbar-akhbar mingguan menggunakan nama pena 'Sahmad Malaya'. Selepas bersara dengan jawatan terakhirnya sebagai Guru Besar, Abah terus aktif dalam gerakan ormas (organisasi massa) menerusi DPMP dan Gapena. Beliau juga sering ke Kuala Lumpur bertemu rakan-rakan, di samping teh tarik di gerai hadapan HKL lokasi pertemuan penulis-penulis bebas. Pimpinan PRIMA mengucapkan takziah kepada keluarga 'Abah', moga-moga dicucuri Allah rahmat ke atas rohnya. Al-Fatihah.

2 comments:

Husin Lempoyang said...

Al Fatihah

AbangDun said...

Salam takziah dari saya dan rakan-rakan di Kedah. Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman, Al Fatihah!