Deklamasi puisi menentang PPSMI
Di Kelab Golf Perangsang 15 Ogos 09

Pimpinan GMP Dato' Dr Hassan Ahmad, Dato' Dr A Samad Said, Dinsman, Prof Dato' Dr Muhammad Mansor Abdullah, Yassinsalleh, Dr Seri Intan Mokhtar, Yasleh, L Mankadir Shamsi, Ahmad Nizam dan beberapa lagi penyair akan turut diundang, menurut Dato' Kamal Amir. "Jemputan akan dihantar kepada Tan Sri Khalid bukan atas kapisiti MB Selangor, tetapi sebagai membalas undangan Tan Sri Khalid ke atas PRIMA di kediamannya pada 12 Februari 2008 iaitu sebelum PRU12," jelas Dato' Kamal Amir.
Di samping itu Dato' Kamal Amir juga memberitahu, sesi deklamasi puisi di Pahang akan diadakan sempena 100 Tahun Pak Sako dan pengurniaan darjah kebesaran kepada Dato' Sudirman Haji Arshad. Program di Pahang akan digerakkan dengan kerjasama peguam Ahmad Nizam Hamid (adik ipar Allahyarham Sudirman), jelas Dato' Kamal Amir menambah. Seterusnya Dato' Kamal Amir memberitahu pimpinan Telapak Budaya Malaysia, Omar Sudi Abdul Manan juga menyatakan hasratnya mahu menganjurkan majlis deklamasi puisi menentang PPSMI. "Perbincangan dengan Telapak adalah memberangsangkan," katanya.
No comments:
Post a Comment